February 9, 2011

Antinormal.

I am.

1. Ada kajian menyatakan orang yang menulis menggunakan tangan kanan akan memakai jam di tangan kiri mereka dan sebaliknya.

Aku menulis menggunakan tangan kanan dan memakai jam di tangan kanan.

2. Orang kata bila mereka sedih, mereka akan mendengar lagu yang mensiat-siat hati menjadi lagi sedih [jiwang]. Bila gembira, mereka akan mendengar lagu yang memberansangkan otak [ceria].

Aku akan mendengar lagu yang memberansangkan jika aku sedih. Bila mana aku mengada-ngada, aku akan mendengar lagu mensiat-siat.

3. Orang juga kata jika mereka sedih, mereka kurang selera untuk makan. Bila gembira, terutama mempunyai banyak wang, mereka sangat suka makan.

Aku makan tak kira masa. Bila berwang atau tidak. Heh. Aku suka makan jika sedih. Aku suka makan jika gembira. Tapi sekarang aku jadi malas makan. Sebab malas nak makan. Heh.

4. Bila suka makan, orang kata kita akan gemuk.

Hari-hari aku makan. Kadang-kadang dalam 1 hari aku akan makan melebihi had. Kadang-kadang 3 hari berturut-turut. Tapi berat maintain. Cuma sekarang turun sikit sebab malas makan. Aku tak bersenam. Mungkin flow badan aku ok.


p.s : banyak sangat kena fikir sampai tak tahu nak fikir apa.

3 comments:

Nazrin Saad said...

yg no 4 tu aku rasa-rasa kita sama.

Anonymous said...

btol...
kite serupa..
agagagagga!!!

;D

Fatin Mazelan said...

nas : err...really?

anon : ye ke serupa? =P