January 8, 2011

Bala yang datang MUNGKIN bukan dugaan orang darah manis.

Dengan sukahati mahu cerita fakta diri.

1. Seperti yang ramai jugalah tahu, kalau panjang jodohnya, aku akan menamatkan hidup sebagai lone ranger pada tahun ini. InsyaAllah. Tunggu jemputan. Jangan tanya-tanya bila. Rimas.

2. Kamera waterproof aku diperlambatkan delivery-nya kerana ada masalah teknikal. Dari berangan awal-awal nak berfoya-foya dengan kamera baru, terus jatuh down. Sad~

3. Aku masih gigih di tempat kerja itu dengan gaji yang sama. Sedang BARU mula nak gigih belajar tentang sales and marketing. Supaya gaji naik. Susah. Susah.

4. Sepertinya mahu menyambung master setelah give-up cari pekerjaan lain. Hahaha. Kau ingat nak dapat kerja macam beli ikan kat pasar? Ok. Kau silap. Ini juga keputusan mengarut sebab nanti aku pasti tak bersungguh-sungguh jika ambil master. Kan?

5. Aku sedang berlatih bertindak secara bernas dari tahun lepas. Tapi gagal. Sedang mencuba lagi tahun ini.

6. Tiap-tiap malam sebelum tidur, aku akan berfikir tentang segala anjakan paradigma yang berlaku pada aku dan aku akan berfikir apa lagi anjakan yang akan berlaku nanti.

7. Aku mungkin akan dan mungkin sedang mengalami tahap depresi yang paling tinggi. Harapnya aku tidak menjadi gila.


P.s : jum doa supaya esok lagi baik.

1 comment:

mdc said...

no.4 Buat benda biarlah sampai puas hati..biar menyesal skrg jgn menyesal kemudian