November 30, 2010

Perlunya revisi sebelum kahwin.

Correct me if I did wrong.

Ini topik perbincangan di office semalam. Topik selepas salah seorang officemate aku baru pulang dari kursus perkahwinan pada Sabtu dan Ahad lepas.

Soalan yang beliau belum sempat bertanya kepada ustazah yang ditugaskan memberi ceramah. Bolehkah perempuan yang mengandung bersetubuh bersama suaminya?

Ok. Aku rasa ini penting. Bukan hanya untuk aku yang bakal kahwin. Tetapi untuk umum. Yang bakal mendirikan rumah tangga pada 1 2 3 4 5 6 7 8 9 tahun akan datang. Untuk lelaki dan perempuan.

Hari tu, aku tonton rancangan Wanita Hari Ini. Ada bincangkan topik ini. Pakar perubatan dijemput. Beliau menyatakan perempuan yang mengandung boleh melakukan persetubuhan.

Jawapan dari officemate yang bakal mungkin menjadi jururawat menyatakan perempuan yang mengandung digalakkan melakukan persetubuhan untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Pemikiran aku.

Boleh. Telur tidak akan dihasilkan lagi setelah seseorang perempuan telah disahkan mengandung. Jadi tidak akan ada penggandaan anak setelah mengandung kecuali memang dia mengandungkan anak kembar.

Jangan risau. Anak itu tidak akan berlaku apa-apa pada beliau. Nafkah batin juga dapat diberi. Haha.

Oh. Saja kongsi. Supaya tidak akan ada antara rakan-rakan aku sedih bila mengetahui suaminya bersama perempuan lain semasa dia mengandung. Heh.


p.s : Perlu banyak revisi untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga hingga ke syurga. InsyaALLAH.


6 comments:

Nazrin Saad said...

ngok betul ayat menggandakan anak tu. hahaha.

tya said...

love it

Fatin Mazelan said...

nas : oh. salah ke? itu ayat terbaik yang mampu difikirkan semasa menaip entri ini. Ahaha.

tya : love u too! AHAHAHA!!

izan_muslimin said...

aaa...
ilmu ini baru bg ak...
sbb ak xpenah tau...
agaga...

Fatin Mazelan said...

itu tujuan aku tulis.

PaLi3 said...

ok, ini tambahan hasil pencarian aku...hohoho~. Ketika bersama digalakkan isteri berada di atas dan isteri lebih memainkan peranan, tujuannya elakkan keguguran...