October 6, 2010

Cerita hari cantik.

Seperti yang kamu semua tak tahu, menjelang 30 Oktober ini adalah hari comel saya. Jadi seperti perempuan-perempuan comel yang lain, saya ada plan hari cantik saya sendiri. Oh, ya! Hari comel dan hari cantik adalah hari yang berbeza. Jika kamu bijak. Kamu tahu ia hari apa. Hee~

Saya punya impian untuk hari comel dan hari cantik saya. Mana ada perempuan tiada impian untuk membuat persediaan pada hari-hari tersebut! Perempuan yang terpaksa kahwin saja yang akan ikut apa orang rencanakan.

Saya punya rancangan. Kamu tak perlu tahu lagi ya. Apa yang sudah berlalu adalah pembelian barang-barang untuk hari comel saya. Barang-barang yang akan diberikan adalah barang-barang yang akan dipakai pada hari cantik nanti. Jadi pastilah yang mahal dan bergaya! Sekali seumur hidup kan!

Mengiidamkan baju lace berlabuci yang cantik-cantik. Berwarna putih. Mak kata kebiasaannya orang pakai baju warna putih. Ikut sajalah. Huhu. Mengiidamkan tema hari comel berwarna peach, putih, krim untuk hari comel. Err...macam-macam lagi. Nanti saya buat list.



p/s : tak jemput ramai. Saja beritahu. Untuk update pasal diri yang hina ini. Juga nantikan cebisan-cebisan yang akan saya masukkan nanti. Untuk tatapan bukan jemputan.

8 comments:

izan_muslimin said...

wei...
jgn kta time ko jemput tu...
ari comel ko sama dgn ari cantik ko?

tya said...

tau la nak k
hehehehe

tya said...

tao la nak "K"

mikhaelahmad said...

kata tanak updet. lu tipu! hahaha

wann afzan said...

tahniah =)))))

Nazrin Saad said...

hahahaha, entri gadis! hahahaha!!

aku rasa mcm kena pegi jugak ni. nk kena usaha pergi ni.

insya allah.

Fatin Mazelan said...

ijan : baca balik entri aku.
tya : ha! nak apa?
mat : gua banyak masa terbuang selain gian untuk menulis kembali. kena asah balik der. bersawang dah blog gua.
wann : tankyu~ =)
nas : ha pepandai la lu cari partner.

izan_muslimin said...

dah baca blik...
hari comel n hari cantik hari yg b'lainan...
tapi ada kaitan...