September 6, 2010

Semua orang wish. Aku pun nak juga wish.

Oh bila fikir-fikir balik. Lama sangat aku tak puaskan hati sendiri. Maksudnya tiada list yang mana barang-barang yang aku idamkan. Oleh yang demikian, aku rasa aku perlu senarai baru. Untuk kepuasan sendiri. Yeah!

Aku perlukan telefon bimbit yang baru. Setelah lebih 3 tahun aku memakai N53 [Nokia 5300]. Setelah dia dimasukkan wad ICU sebanyak 2 kali. Beberapa banyak kali dah asyik tak seimbang berjalan lalu jatuh. Juga setelah beberapa kali membuat pembedahan plastik menggantikan kulitnya.

Lagi-lagi kecelakaan adalah bila kadang-kadang mesej atau call masuk, ia langsung tak berbunyi. Bila bercakap dengan orang menggunakannya. Ia seperti berada di luar kawasan liputan. Sama ada aku yang kurang jelas atau orang yang mendengar.

Oh. Macam tak sanggup dah keluarkan wang untuk baiki N53 ni. Bila kumpul-kumpul. Aku rasa aku sudah mampu beli N53 yang baru. Aku perlukan yang baru.

Untuk keduanya, aku rasa aku perlu kamera. Ya. Kamera digital je. Belum mampu nak kumpul wang beli DSLR. Kamera yang terang lagi nyata. Kamera yang boleh bawa masuk dalam air! Hehe. Ok. Itu saja kot.

Demand tak?


p/s : nak wish selamat hari raya. Tunggu aku cuti nanti.

2 comments:

Tfaaaaaa said...

tak demand pon

Fatin Mazelan said...

ok. boleh lah aku start senaraikan yg ke 3 4 5 dan seterusnya pula. ehe.