August 11, 2010

SEMINGGU yang cepat.

Tiap-tiap seminggu memang cepat berlalu pun. Sedar tak sedar kau dah ada pada minggu ini. Minggu bulan Ramadhan. Tidur bangun tidur kau dah 2 minggu puasa, minggu depan.

Minggu cepat aku ini berlalu dengan macam-macam. Jumaat [6 Ogos] aku ke Bandung, Indonesia selama 4 hari. Maaf tiada souvenior. Aku pentingkan diri dengan membeli-belah baju sendiri kerana kejutan budaya. Bukan kerana apa-apa tetapi sebab murah! Bayangkan di Pavillion, jenama TOPSHOP menggunakan RM 3 digit. Di sana RP 6 digit. Pandai-pandai kira.
Rp. 1000 = RM3.60.

Jutawan aku di sana. Langsung aku lupa kalian. Maafkan aku. Lain kali aku pergi ke sana, mari ikut. Pasti puas hati.

Pulang dari Bandung. Selasa [10 Ogos] adalah hari konvokesyen universiti aku. Aku sebagai pemeriah mejlis lalu-lalu atas pentas sekali. Uih, menarik. Tak pernah laluilah katakan. Akhirnya aku sudah bergelar graduan yang mempunyai ijazah sarjana muda dengan kepujian.

Segala gambar akan diupload dalam facebook, seiring dengan penggunaannya dengan dunia sekarang.


p/s : cerita aku bosan. Tak payah baca penuh. Cukup sekadar take point.

No comments: