August 29, 2010

Aku yang jahat bincang soal agama.

Pada zaman dulu kala, ketika aku masih menjadi budak hingusan yang tak tahu apa-apa. Guru mengajar aku tentang sinonim dan antonim. Sejenis parasit dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Jika lapar lawannya kenyang. Lelaki lawannya perempuan. Kaya lawannya miskin. Jadi jika baik sudah tentu lawannya jahat. Tiada istilah tidak baik. Tetapi jahat.

Sekarang, aku sudah berusia lebih 10 tahun dari zaman dulu kala. Sekarang bulan puasa. Ramadhan. Ada solat SUNAT tarawikh dan witir. Minimum 8 maksimum 20 rakaatnya. Hanya sebulan dalam setahun.

Salah ya, jika aku bertanya mengapa aku tidak pernah melihat kamu di surau yang kurang 100 meter dari rumah kamu? Surau kawasan perumahan aku ni saja.

Aku bukanlah baik. Bermaksud aku jahat. Bukan selalu juga aku ke surau. Tetapi tergerak juga minda dan hati ini untuk ke sana. Yalah. Sebulan dalam setahun. Mana tahu tahun depan aku menemui ajal. Rugi juga tak merasai solat sunat ini dulu. Mungkin ini yang akan aku fikir ketika aku sedang menemui ajal.

Jika salah, maafkan aku. Cuma katakan sahaja. Tak perlu mahu maki seperti aku tidak menyedari yang aku ini sebenarnya jahat. Kalau kamu jawab kamu period sebulan pun aku terima. Sebab ia adalah jawapan yang kena pada persoalan aku.

Susah juga ya bertanya soalan keagamaan kepada umat Islam sendiri. Seperti mereka terasa mereka disindir sedangkan aku cuma bertanya soalan yang mudah dijawab. Memang lepas ini aku tak bertanya sebab orang jahatkan tak layak untuk bertanya soalan yang baik. Ya kan?

p/s : kejarlah selagi boleh. Ada 10 hari lagi.

19 comments:

izan_muslimin said...

mmg susah pun nk tanye atau bncg hal agam dgn org seagama sndiri ni kdg2...

tp tanye la pd org yg btul...
org yg rasanye akan bg jwpn yg memuaskn...

kdg tanye yg baik sgt...kta kena blik, plg dahsyat kena kuliah ah jap...

kalo tanye plg 'jahat'...risau jwpn merapu plak...hehe...

hazal said...

lek fatin
soklan agama mmg org sensatif
bila kita tegur org ckp slh
tak tegur pun salah gak

say- O said...

wow..drama ni.

Fatin Mazelan said...

ijan : ini bukan masalah tanya pada org yg betul or tak. sebab kalau tanya ikut kategori tu aku dh tau jawapannya.
ini masalah kau online fb 24/7 tapi nak pegi kejar terawikh pun malas. soalan aku simple je. nape xpenah nmpk ko kat surau? err...kalau aku nak ceramah dia, sekarang gak aku leh wat tapi aku tau org yang nk bagi penampar kat aku tu bukan nak dgr pun nnt. so aku diam sudeh.

Fatin Mazelan said...

hazal : aku tak tegur. aku bertanya. huhu. kalau part tegur, semua org aku leh tegur tapi nanti benda tu patah balik ke aku. ye la. sebab aku pun jahat.

say-o : haha. drama swasta.

Nazrin Saad said...

kalau org jahat xboleh tanya soalan baik, sampai bila pun org jahat xboleh jadi baik.

izan_muslimin said...

haha...
org tanye ko atau ko nk tanye org ni psl pi surau ni?

ak agak susah nk explain bnda kalo bnda tu xjelas n detail...

msg2 ego lbih...
mstly kdg2 bila ibadat dh lbih ckit dr org...mula dh bajet baik...

so...being silent is da best thing to do...sunat kot diam e n ckp bila perlu...haha...

Fatin Mazelan said...

nas : hukum dunia. lu sape mahu ubah? hehe.

ijan : aku tanya orang. saje tanya dia. sebab ari2 aku tgk dia ada je masalah. balik2 tulis kat status fb. umah dkat je ngan surau. takde niat nak riak pun. saje tanya. nak tahu apa masalah. alih2 dia pegi delete status yg aku komen tu. bila aku saje2 kata boleh tanya dia soalan yg sama lagi tak? dia leh jawab nak penampar ke? and then aku takkan bertanya dah la kat manusia itu. hehe.

kan aku dah kata. aku bukan baik. aku kan jahat.

Nazrin Saad said...

sekarang nak tau orang tu islam ke tak bukan tengok dia jejak masjid ke tak.

tengok dia makan babi ke tak.

sebab org islam sekarang pandai jawab HARAM makan babi.

Fatin Mazelan said...

mana lu tau orang gi surau tu betul2 islam dihatinya? elok2 malam gi surau. siang2 nagih dadah. minum arak. zina. heh.

ada berita orang Islam makan babi ke? bak link! ohoho.

Nazrin Saad said...

sbb tu la gua kata org islam sekarang ni bukan leh kira dari segi gi surau ke, puasa ke.

arak, zina wat juga.

tp ekstrim cemane pun, diorg still tau makan babi tu haram.

siang wat zina, malam minum arak tp bila org sua babi, HARAM!!!

pffft, islam mendenya??

Fatin Mazelan said...

hahaha kalau nak tgk tau cakap babi tu haram ke x. semualah mengaku dia Islam. hoho.

izan_muslimin said...

Golongan org b'iman sgt ckit...

golongan yg b'pura2 Islam sgt byk atau p'kataan bestnye munafik...
wlupun rmai yg t'golong dlm golongan ni dlm xsedar.
Msg2 mau ckp psl Islam n mengaku Islam tp xbtul n merosakkn Islam dgn wat dosa terang2...wlupun dosa tu kecik je...

golongan munafik xsilap xcium bau syurga...

tanda2 org munafik
*suka b'bohong...
*xmenepati masa...

tanda2 awal org munafik...
*mlas n mula tggl solat isyak n subuh...

Nauzubillahminzalik...harap2 kta xt'golong dlm golongan ni.

tiba2 terasa nk tulis sbb xnk diri n org yg ak syg kt sekeliling x'sedar t'msuk golongan ni...xdpt den nk tlg kang dunia...apatah kt akhirat nnti...

Ok...t'ceramah kt cni plak...
gomen2...

Fatin Mazelan said...

hahaha ayat orang keliling yg disyangi tu? ahahaha.

betullah tu.


p/s : isu aku bertanya je. dah jadi forum skrg. =P

izan_muslimin said...

salah ke ayat ak tu?

abis org kt sekeliling ak ni ak nk anggap apa plaK?

jd isu hangat...
luahan perasaan & pkiran di kala bulan Ramadhan...

bulan puasa kn...semangat ckp psl agama dia jd tinggi la cikkiitt...
bkn slalu dpt ckp psl agama dgn korg...haha

Fatin Mazelan said...

ha! baru sebut sket ada je tak kena. kan aku kata "betullah tu". baca ke idak? huhu.

tunggu org buka topik baru bersemangat lah ye? hoho.

kalau bulan2 lain nak cakap pasal agama kurang semangat dah ke? [tanya je. takyah wat ayat sergah2 kau. tak lut.]

izan_muslimin said...

ak ingat ayat btul la tu utk ceramah lebar tu.

boleh je nk bncg agama time bulan len...just sapa nk start dlu, start la...

aaaaa....nape ak asyik kin ni kena kondem dgn fatin ni...

apa salah ak...

hazal said...

oo..moga kita tak tergolong dalam kalangan org munafik. amin..

Fatin Mazelan said...

ijan : kau rajin balas benda2 yg aku leh sangkal. sebab tu salu kena. hoho.

hazal : amin.