July 8, 2010

Pemikiran ketika bersahur.

Pepagi macam ni banyak pula idea timbul. Idea bernas, idea bodoh, idea tak boleh pakai, idea yang paling mengarut. Semualah. Ini pemikiran aku ketika menghiris kasar ubi kentang untuk digoreng dan dijadikan pemanis dalam sandwich telur goreng untuk bersahur. Sedap juga diselang-selikan telur dan kentang goreng itu dengan sos cili Maggi. Oh, azan sudah. Nasib baik sudah minum air kosong. Ok. Sebenarnya ini lari topik.

Ini pemikiran aku. Saja-saja. Aku nak cerita negara yang aku akan bina jika aku diberi peluang itu. Aku akan bina negara yang menggunakan sifat demokrasi dengan rakyat-rakyat, mungkin negara demokrasi tetapi komunis di dalamnya. Oh, tak apa jika negara dijajah, itu sebagai anjakan paradigma rakyat seperti rakyat Jepun yang bangkit selepas Perang Dunia II.

Makanan tradisional masih kekal dengan nasi tetapi tidak dimakan hari-hari. Nasi penyebab banyak karbohidrat dalam badan. Nasi dijadikan makanan ketika perayaan yang penting-penting saja. Oh ya. Pengurangan penggunaan minyak dalam masakan kerana sebab minyaklah banyak penyakit datang. Kukus atau bakar saja ayam, daging, ikan itu. Lagi menarik. Kata mahu rakyat sihat. Sayur banyak-banyak sudah [walaupun aku kurang makan sayur]. Erm..tapi tak bagus juga kerana akan ramai warga tua kelak seperti yang berlaku di Jepun dan China sekarang. Haha.

Sekolah-sekolah perlu berpakaian seragam selain putih. Putih cepat kotor. Baru seminggu masuk sekolah, sudah hitam-hitam, sudah rabak. Susahkan rakyat nak beli baru. Tax. Biar tinggi-tinggi. Macam Perancis. Supaya dapat menanggung rakyat miskin. Tak perlu lagi ada program Bersamamu. Just cover dari pembayaran cukai yang tinggi. Oh, gaji mesti mahu tinggilah. Insurans WAJIB beli. Tolak dari gaji saja.

Walaupun negara aku mungkin ada 1 Malaysia, tetapi tidak untuk ada patung berhala kedua paling besar di Asia. Oh, tak mahu bangga dengan itu kerana Islam masih agama kebangsaan. Masih boleh ada berhala atas sebab-sebab tertentu tetapi tidak sebesar itu. Maruah negara aku mungkin boleh jatuh.

Tempat-tempat perlancongan akan dibuat seindah mungkin. Jalan-jalan raya akan dibina dengan kontraktor yang paling bagus. Walaupun terpaksa import kontraktor itu, biarkan saja supaya tidak retak selalu seperti MRR2.

Negara aku tidak akan ada sifat perkauman. Walaupun ini susah, tapi ini patut dijalankan. Tidak ada sifat perkauman antara bangsa ataupun sesama bangsa. Memang perlu bangga dengan negeri sendiri tapi tidak perlulah berbangga seperti negara aku ini datangnya hanya dari 1 negeri. Perlu ada rakyat yang ingat asal usul tetapi jangan bertindak kekampungan sangat. Mereka perlu didedahkan teknologi dan perkembangan teknologi terkini supaya dapat berdaya saing dengan rakyat di bandar. Bukan ketinggalan tetapi berlagak hebat.

Pemerintah, akan aku cari pemuda yang berwibawa. Oh tidak yang tua-tua. Mereka boleh ada jawatan, sebagai penasihat saja. Hanya kerana pengalaman. Tetapi tidak untuk memerintah kerana mungkin dalam 100 tahun akan datang, dunia berubah. Aku tidak perlu dunia 100 tahun lalu masih ada sekarang. Jadi, tidak akan ada yang senasib Hang Nadim. Wanita boleh memerintah. Tetapi bukan yang berjawatan besar kerana mereka pentingkan populariti dari kualiti.

Oh. Ini sajalah. Sebab tiba-tiba aku rasa aku berpolitik. Alangkah buruknya jika aku memerintah. Haha. Sad~.


5 comments:

hazal-san said...

tiba-tiba nak baca plak..bess a..
tp klu nak buat kerajaan kita kena tahu asas dia..yg boleh drujuk zaman Nabi lah..tp hanya sekadar rujukan asas kerana cabaran serta pembanbungan serta teknologi berlainan...yeah~~!! bess2

Fatin Mazelan said...

skop aku pada luaran je. bukan dalaman. by the way, tankyu for ur advise. =)

Anonymous said...

dah bsar kang saye nk jd camni la...
oyeah2~~!!! ;D

Fatin Mazelan said...

eh? bukan nak jadi polis ke syg? huhu mana boleh lebih dari 3!!!

Anonymous said...

bole la...
baru serbaguna!!!
agagagagagag... ;D