June 12, 2010

Saya gila.


Kebarangkalian emosi aku berubah-ubah adalah 0.976. Ia telah diuji menggunakan ujian-t. dan juga ujian kebolehpercayaan. Didapati kedua-duanya menolak H nol. Jadi ia terbukti benar. Tak tahu mengapa. Nak kata period, belum lagi. Lambat~ lagi. Kejap emosi lebih kejap gembira lebih kejap kang sedih pula [tapi sedih belum]. Kejap guling-guling atas katil. Kejap duduk depan laptop orang ni. Kejap tengok tv. Kejap pusing-pusing dalam rumah. Kejap masuk bilik tengok keadaan then keluar balik.


Analisis Komponen utama juga telah aku jalankan. Ia mungkin disebabkan terlalu nak free kan diri dari dulu. Bila dah free masalah pula. Manusia. Tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Heh.

Macam kena buat benda berfaedah. Tapi malas. Bila online terlalu lama sampai tak tahu nak search apa. Masa itu lebih bosan. Kajian yang ada pun malas buat. Gila.

Aku mendapat D+ untuk subjek Proses Stokastik. Jadi aku tidak dapat meramal dengan baik bagaimanakah emosi aku pada petang ini, esok ataupun lusa. Jadi maaf dipohon lebih awal.

Ok. Cepatlah Isnin. Pergi ke kelas lagi baik.



p/s : Puan juma, saya nak gaji~...huu~


2 comments:

Acid said...

sile hantuk kepala ke dinding berdekatan laju2.

Fatin Mazelan said...

dulu2 boleh la. dulu gua ekstrim. sekarang tak jalan da der.