May 12, 2010

Hadiah.


Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian dan laporan kajian ini pada masa yang ditetapkan.


Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah Jabatan Statistik, Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Nur Jumaadzan Zaleha binti Mamat selaku penyelia yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang amat diperlukan bagi menyiapkan laporan ini. Beliau telah banyak membantu dan sudi meluangkan masa berbincang dengan saya semasa mengalami kesulitan dalam usaha untuk menyediakan laporan ini. Segala pertolongan, sokongan dan sumbangan beliau sama ada berbentuk material atau ide yang bernas amat saya hargai.


Terima kasih juga kepada semua pensyarah dan kakitangan Pusat Pengajian Sains Matematik yang telah menyalurkan ilmu pengetahuan dan bimbingan yang amat berguna sepanjang pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga saya yang sering memberi galakan dan bersabar terhadap saya semasa menjalani kajian ini. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan iaitu Paan, Acap, Mozek, Pekjah, Dibah, Nani, En. Kesayangan, Fura, dan lain-lain yang sering membantu dan memberi galakan dari segi mental dan juga berbentuk objek seperti laptop.


Terima kasih. Jasa baik semua yang terlibat tidak akan saya lupakan.



3 comments:

RoSe_ViOleTE said...

name aku adeee!!!
gembiraaaaa!!!

ahahahaha~~ >_<

Aini Khalid said...

ahahahahahahahrrgrhhh!!!
bangang giler!
ni mesti acknowledgement kat muka depan thesis ko hahahah!!

Fatin Mazelan said...

hahahhaha!!!!