May 22, 2010

Dunia kian wangi.


Dia datang dari sana. Tu sana. Badan menghadap barat daya. Tangan tegak ke barat. Jari telunjuk arah selatan. Ya. Dari sana. Dah lama dia di sini. Dari dia kecil-kecil. Pergi sekolah pakai pinore form kaler biru tua dan rambut panjang tak tentu hala hingga pendek paras telinga hingga panjang kembali paras dada. Dah lama.

Datang dengan keluarga. Tujuh. Abang adik mak abah. Dia biasa. Tiada yang istimewa. Tidak cacat tidak sempurna. Sama seperti semua. Ada mata, hidung, mulut dan semua yang ada pada manusia. Oh tahi lalat di pipi, tangan, kaki, leher dan bahu. Tanda lahir di peha.

Dia kini sudah dewasa. Masih di rumah yang sama. Mukim di sana. Itu sana. Bawah 30 kilometer dari rumahnya. Lebih kurang 30 minit jika naik 4 roda. 2 jam jika laluan keretapi. 6 jam mungkin jika jalan kaki. Dahulu ketika abang masih belajar laluan keretapi dan 4 roda besar kenderaannya. Tetapi sekarang sudah boleh menarik nafas lega. 4 roda sekali-sekala.

Hampir 3 tahun di sana. Yang 30 kilometer. Sekarang dia hampir ke rumahnya kembali. Akan menetap kembali di sana. Yang jaraknya 30 kilometer dari sana. Yang ada tujuh tapi sekarang hanya 6 kerana 1 telah di sana. Bahagian timur laut dan utara dari sana yang tujuh. Jika menghadap utara.

Sekarang dia sedang lewat. Sedang terawang-awangan. Masih mencari. Apa jalan seperti dalam The Road Not Taken. Dia masih di tengah-tengah antara jalan. Masih garu-garu kepala. Masih geleng-geleng. Masih buat tak endah. Masih pura-pura tidak mahu mengerti. Yang dia sedang tidak tahu apa yang ingin dilakukan sekarang. Yang dia kaku. Yang dia merapu. Sebenarnya.

No comments: