May 19, 2010

Bulan kaler merah.

Ada 4 kertas kerja yang mesti aku siapkan. 3 individu 1 berkumpulan. 2 bergaji 2 tidak.

Yang bergaji adalah kertas kerja tentang faktor pembelajaran yang mempengaruhi PNGK pelajar tahun 1 FST dan perbandingan faktor pembelajaran antara pelajar tidak berpengalaman dan pelajar berpengalaman.

Jumlah gaji aku hari ini RM200.00. Tapi, aku belum mula apa-apa lagi. Kertas kerja aku tu. Kira RM200 itu gaji buta. Haish~ lagi 3 minggu sebelum dateline. Aaaaa~

Yang tak bergaji adalah faktor pembelajaran dan pencapaian akademik : kajian terhadap pelajar tahun akhir PPSM, FST, UKM dan tahap kesedaran ibu bapa terhadap peranan mereka mendidik anak-anak.

Boleh nampak sendiri mana yang berkumpulan mana yang individu.


Ok. Serius pula tiba-tiba. Banyak nak tulis. Tapi nantilah. Macam-macam sangat fikir.



p/s: terpengaruh dengan Usui Takumi. Sebab itu tak siap kerja.

No comments: