April 10, 2010

kawan

"kau kawan aku. Macam manalah aku tak risau ngan kau ni. Jaga kesihatan tu Fatin." - syafiq hassan.


"3 tahun aku duduk sebilik dengan kau. Macam lah aku tak tahu perangai kau." - nadiah abdullah.


"jaga kesihatan kau dok."
"ya baik."
"aku bukan apa. aku sayang kau dok. kau idola aku."
"hahaha. jangan anggap aku idola kau duh."
"tak kira. kau tetap orang yang akan aku contohi kak." - farhan jamal.


"kak~."
"ye~?"
"sihat?"
"sihat. kalau tak sihat pun sihat gak. hehe"
"leh lak cmtu. amal rindu akak. bila nak keluar lagi ni?" - akhmal.
"bila-bila lepas akak grad. hehe"


"baru akak tahu yang kau ni sebenarnya kawan akak."
"selama ni?"
"selama ni kau hanya kenalan teater akak saja." - sharina eriana.


"aku dah kenal sangat ngan kau ni Fatin." - atifah.


"kau memang kenal aku. Sebab tu aku suka kongsi masalah dengan kau." - atiyah.


"uiks. first time kau bagi aku nasihat macam ni. Tankyu Fatin." - misal zarith miskan.


"eh, Paan. Tu kawan kau." sambil tunjuk pada sang monyet.
"eh Fatin! Fatin!"
Aku menjeling.
"la, kata itu kawan aku." - farhan saharin.


"jum jalan2?"
"gua tak kisah dok. lu nak kuar bila?"
"sekarang!"
"bagi gua refresh jap. lepas tu kita keluar." - muhammad amin.


"ke mapleykah malam ini?"
"pergi. kenapa?"
"kena lah bertanya pada empunya kenari WLU."
"oh! ajak aku ke mapley sebab aku ada keretalah kaedahnya?"
"hahahaha." - iskandar zulkarnain.


"macam mana nak pegi sini?"
"macam ni."
"nasib baik kau ada Fatin."
"kenapa pula?"
"kalau kau tak ada aku rasa aku boleh sesat nak pergi mana-mana." - nazrin saad.


"eh. tahun 3 ni perasan tak kita rapat balik. kau rapat balik ngan mat semua."
"haah. kira tahun ini tahun penentu dengan sape kita akan contact lepas grad."
"hahaha."
"ye la. tahun 1 untuk menilai sebab baru kenal. tahun 2 dengan haluan sendiri. tahun 3 lah kena tentukan."
"hahaha. yela betul la. ada aku cakap tak?" - nadiah abdullah.


"Fatin, jum keluar? Aku rindu kau. Lama tak jumpa." - syafiq hassan.


"do u miss me? aku rindu kau." - acelip.


"dah siap assignment?"
"sikit lagi. ini part kau. nanti kumpul."
"ok. lepak ptsl tak?"
"ntah. kau?"
"dari 8.30 pagi aku dah kat sini." - syed muzzafar syed anuar.
"ha jap lagi aku datang."


"ok ari ni? kau tak rindu aku ke?"
"ok. lama tak jumpa kau. kalau tak rindu macam mana?"
"meh sekeh sikit." - syed omar faizal.


"Fatin, free esok?"
"kenapa?"
"aku ingat nak buat ic esok."
"nak minta tolong aku la ni?
"hehe. kalau tak free takpe."
"ha leh kot. kol bape?"
"hehehe bape-bape je. syg ko Fatin." - ashraf amir.


"dah bangun mat?'
"baru bangun."
"jum bekfas?"
"jum!" - muhammad amin.
Hari-hari sekarang bekfas dengan mad.



Ini kawan. Antara ayat yang kawan bagi aku.
Terima kasih.
Apa saja yang kau anggap aku.
Terima kasih.
Ini membuatkan aku rasa aku ada kawan.
Walaupun kadang-kadang aku rasa aku tahu aku dipergunakan.
Terima kasih.


7 comments:

Farhan Saharin said...

i like yang part aku...
ngahahaha

Tfaaaaaa said...

ehh bile mase aku cakap tuh???

wah!aku rindu ko.

taik!aku emo.ba alip ba ya!!!

dah2.jom sundae.ko blanje. :D lepas tu kite snap gambar banyak2.

say- O said...

aku...down...
*ada satu artikel lama dalam dot aku dedicate untuk ko ngan wann, wu~~~*

Fatin Mazelan said...

aku tahu kau pasti suka quote tu paan.

takde eh? ya kan aje bole? aku balik kejap lagi. malam ni kita lepak ok.

aaaa...say o. itu quote terbaik yang aku leh kaut. hahaha. sorry2.

say- O said...

xpe2..haha!

Aini Khalid said...

kahkahkahkah.

semuanya macam menunjukkan ko best.
geli betul.

meh jalan2 ke rumah aku.nanti aku bagi makan.

Fatin Mazelan said...

nak plak aku letak ayat menunjukkan aku tak best. heh.