April 20, 2010

Cantikkan, saya?

Aku tak tahan. Mula-mula dulu ingat tak nak dah tulis benda-benda down tak nak tulis benda-benda stres tak nak tulis benda-benda yang berkaitan negatif tapi aku dah tak tahan. Sakit dada pening kepala tersumbat dah hidung aku sebab perap tekanan yang amat dalam otak dalam hati dalam paru-paru dalam seluruh anggota badan ni.

Kalau rasa-rasa tak nak baca entri ala-ala emo lagi negatif tahap dewa serta tekanan capai darah tinggi. Sila berhenti baca sampai sini. Ha sini lah. Ok. Tata.

- - - - - - - - - -

Mari teruskan siapa yang sudi baca. Mari rakan-rakan. Ok. Mula-mula macam ini.

Saya ada seminggu. Cuma seminggu untuk tesis 5 bab. Pasal survey. Bukan survey yang biasa tu. Ini betul-betul aliran statistik. Jadi hanya manusia yang ambil statistik dan kerja berstatistik saja faham sebab saya tak reti terangkan kepada orang bukan statistik apa yang masalahnya tesis saya ini. Jadi saya stres bila orang keliling yang rapat sangat dengan saya suruh saya siapkan macamlah tesis saya senang sangat. Saya tahu bukan saya saja rasa susah. Kawan-kawan berstatistik saya pun banyak yang menangis. Saya tahu mereka menangis walaupun dalam hati sebab saya agak kenal mereka.

Tak senang tahu?
Awak kena buat soalan survey sendiri. 3 minggu mungkin paling cepat di approve soalan itu. Asal buat soalan penyelia tak puas hati. Dah kena tukar. Lepas tu bazir duit. Fotostat kertas-kertas. Awak kira. 1 set soalan ada 3 helai. Awak kena fotostat 200 set. Kalau dah sehelainya 3 sen atau 2 1/2 sen. Awak kiralah berapa saya habis.

Dah tu nak kena ambil data survey. Ingat senang ke orang nak jawab. Budak-budak PPSM sendiri pun malas jawab survey inikan pula kalau orang luar jawab. Macam buat banci tu. Lebih kuranglah tu.

Dah tu nak kumpul data. Masukkan data dalam SPSS (Statistical Package for the Social Science). Lebih kurang excel saja. Tapi ingat senang ke nak masukkan 200 data dalam SPSS tu? Dah masukkan kena define value. Kena buat test satu-satu. Kena buat rumusan dari situ. Kena interpret data lagi.

Awak tahu apa analisis faktor? Awak ingat senang-senang je ke kerja kalau value saya tak beerti? Kalau yang belajar ni pun kurang reti buat semua ini agak-agak awak pandai ke? Lepas tu bagi penyelia cek. Tak sakit jiwa ke kalau analisis awak buat tu tiba-tiba je penyelia kata salah? Tak rasa langsung tekanan ke kalau analisis yang awak buat itu sebenarnya ada hubungan dengan yang lain tapi yang awak analisis tu tak ada hubungan? - saya tak rasa awak faham ini.

Satu ayat yang penyelia cakap dah boleh sentapkan otak. "Saya nak tengok semua draf 5 bab awak seminggu sebelum vaiva." Awak agak-agak bila tu? Dengan ada paper lagi ni. Study entah ke mana. Tesis dah ke mana.

Dah lah saya ni memang loser. Memang suka fikir negatif tak bertempat tiap masa. Tak reti urus masa. Tak tahu hala tuju diri. Suka stres tiba-tiba. Memang loser lah. Lepas tu bila saya buat-buat nak ceria cara kurang siuman awak tak terima. Saya childish lah tak matanglah itu kata awak. Cuma dengan itu cara saya rasa saya boleh jadi ceria dengan awak tapi awak salah tafsir. Ok. Salah saya sebab saya memang suka salahkan diri saya.

Tapi agak-agak dengan benda-benda ini semua yang sampai saya emo saya selalu fikir negatif saya hari-hari tekanan saya asyik stres dan kalau-kalau sebab semua ini saya selalu sangat susahkan awak. Baik abaikanlah saya. Abaikan saja sampai saya hantar tesis ini.

Memang salah saya pilih buat survey. Memang saya tak perlukan sokonganlah kan. Memang saya tak perlukan langsung semangatkan. Memang saya boleh sangat berjaya seorang-seoranglah kan. Memang saya ni tak ada air mata kan. Saya kan robot. Memang tak boleh emo tahap dewa langsung. Memang tak boleh stres.

Ok. Dah. Jum sambung belajar. Esok dan lusa saya ada paper. Mari abaikan tesis seketika pada yang ada paper 2 hari ni.

p/s : saya tiap-tiap hari berdoa supaya hilangkan tekanan saya. Supaya saya diberi kekuatan untuk menghadapi apa yang berlaku. Tapi saya manusia. Masih perlu sokongan dari orang keliling yang rapat.


yang robot,
Fatin.


5 comments:

widda_me said...

sabar faten....
chayokkk!

Aini Khalid said...

if you think yours is tough, try architecture. thesis setahun.

kena research dalam2 pasal thesis ko. pegi naik turun library dan tempat2 yg berkaitan.macam aku buat platform adaptation maka menghadaplah engineer civil semua. kena buat preliminary design. kena buat presentation stage 1 dan 2. kena finalized design yg kalau lecturer tak puas hati ko extend lah satu sem. kena buat construction detail drawing bagai.

oh. satu sem ada 10 presentation rasmi. 2 sem = 20. tak campur yg tetiap minggu kena jumpa lecturer. kadang2 arkitek luar datang kena present gak. dan kadang2 kena pegi uni lain dan present kalau tak, tak dapat markah koordinator. kena anjur event at least 3 events satu sem.

dan pegi naik turun majlis untuk mintak regulation dan site plan. kena bayar pulak tu.kalau yg size a1 kaler2 rm 16 sekeping. kalau nak drawing yg dlm otoked kena beli cd rm200.oh.report pun kena buat ok. paling kurang 100 muka.

presentation board lagi.size a1 ok.berjuta kali print.sebab berjuta kali rejek. setiap keping rm8. paling kurang board kena ada 10. ko kiralah setahun berapa juta aku abeh. yet, i still graduated.

then u can be proud of yourself.

Fatin Mazelan said...

yet. aku tak sentuh pun pasal program lain. sebab aku tak tahu. tapi still memang semua ada susah masing-masing. tapi keadaan sekeliling je yg berbeza.

pasal exam tu. my mistake kot. sebabnya aku amek subjek 1st n 2nd yr yg sepatutnya aku amek dulu. patut skrg dah lega. tapi still gigih lagi kena study.

dah byk kali juge abes duit. saje mention part fotostat tu bagi tragis sikit2. ahaha.

anyway, skrg ni mmg ngah struggle nak grad ler. kalau betul aku give up. aku dah reg subjek utk sem dpan. sem yg extent. sebab xnak la aku gigih gak utk seminggu ni.

still risau. dalam seminggu. tengok2 kena reject. confirm extent.

oh btw. thanks banyak2. dibah pinjamkan laptop ni. hutang budi aku kat dia.

Aini Khalid said...

dun worry dun worry.ko mesti boleh!!family kita pasti boleh! sebab kita keturunan bagus2.kahkahkakah!!

btw ko try je.sikit je lagi.tapi kalau tesis tu setakat cukup makan je dia bagi ko aku rasa tak salah kalau ko nak exten.grad tapi cukup makan je pun tak bes gak. member2 aku dulu ramai gak saje exten sebab nak dpt markah lagi bagus.

GOOD LUCK! take mine too if you need it!

Fatin Mazelan said...

tu ah. tgk ah cne nanti. aku rasa part tesis tu leh siapkan. tapi part vaiva tu masalah sikit. gugup itu ada. aaaaa....

pointer aku mcm cukup-cukup je tapi kena tgk sem ni punya. kalau still cukup-cukup makan gak. extent la kot.

kalau aku amek laptop ko gak dah jadi tamak. btw tankyu~