March 20, 2010

Bangau.

Bangau kurus sebab ular. Ini fakta.


Cerita dari bangau kurus sebab tak dapat makan ikan. Ikan tak boleh naik ke permukaan air sebab lalang. Lalang tak disentap oleh lembu yang perutnya sakit sebab makan nasi mentah. Oh! Beras ok. Sebab tak masak sebab kayu basah kena hujan. Katak yang panggil sebab takut kena makan dek ular. Katak sememangnya makanan ular.


Memang macam ini kan? Orang takkan cakap bangau kurus sebab ular. Tapi orang pergi belit-belitkan cerita jadi panjang dan kompleks sampai lupa objektif utama dia terangkan benda tu.Standard lah tu. Manusia. Selagi mulut keluar bunyi selagi itu nak berkata-kata. Kan? Sebab nanti masa kat akhirat dah tak boleh cakap.


Ok, tunggu kiamat. Kat padang masyar tak boleh pakai mulut dah nak berkata-kata. Lutut, kaki, tangan, mata, telinga, rambut sekalipun yang akan berkata-kata.


Nice!


No comments: