February 1, 2010

Susah kerja dengan orang ikut otak dia SAJA.

Aku bukan apa. Aku sudah sakit jiwa. Ya. Mula-mula aku layankan. Lama-lama kau naik kepala. Still, aku layankan lagi. Sebab kau kawan aku. Aku tak sukalah maki-maki kawan. Aku sudah selalu kena maki. Jadi, aku tak suka maki orang. Aku tahu perasaan kena maki. Sakit jiwa kalau kena maki.

Tapi sebab nak jaga hati kau sangat. Aku yang sakit hati. Penatlah! Asyik nak fikir hati dan otak sendiri. Kau tahu tak orang lain ada otak dan hati? Kau mula-mula setuju nak kerja dengan aku. Ok. Aku terima. Aku ikut saja idea kau. Bila lama-lama. Kau punya salah. Kau salahkan aku. Sebab kau ingat aku akan ya kan apa yang kau cakap.

Hahaha. Kalau aku buduh ikut saja cakap kau. Aku tak masuk universitilah. Memang. Memang aku tak sebijak kau. Tapi aku celik pada duniawi. Aku buduh dalam pelajaran. Tapi aku lagi tahu selok-belok jalan nak pergi Kuala Lumpur. Ala, jalan nak pergi Times Square tu.

Sudahlah. Penat. Aku yang susah-susah. Jadi orang tengah. Tolong itu ini. Kat aku juga kau nak bising. Dah lah. Buatlah apa kau suka. Aku dah penatlah. Aku siapkan tesis yang tergantung lagi baik.

Aku dah banyak masalah dalaman. Jangan kau tambah. Kau belum kenal aku 50%. Kau jangan buat aku naik angin. Nanti takut kau langsung tak kenal siapa aku. Baik kau biarkan aku cover masalah aku yang cukup banyak ni. Jangan sampai aku lepaskan kat kau.

Haish. Sebab kau. Aku terus rasa nak mencarut. Dah lama aku tinggalkan dunia mencarut ni. Buduh!





p/s : Aku. Hurm... Siapa terasa maaflah. Aku tak suka cakap depan-depan. Nanti kau buat muka cebik. Aku tak suka. Rasa nak tampar walaupun aku simpati.

3 comments:

RoSe_ViOleTE said...

ak pn tataw nk kate pe...
mende dh lepas dhle..
kami pn x kesah psl tuh.rezeki kite dpt yg mcm tu...udah le..

chill jelah..

biar je die nk ckp ape pn.ko pekak kn je tlinge...

cheer up!bnyak lgi mende lain yg ko nk pkir dri psl mende kecik gini.=)

Syam Ahmedarino said...

saboo... (mode:angel)
abes sabo ko lepang jer.. (mode: satan) hhehee :P

^_s::a::s::a_^ said...

mungkin aku tak cukup memahami isi tersirat di sebalik entry nih...
tapi andai kata ia sama seperti apa yang aku fikirkan, harap kau bersabar ok...
aku tidaklah menyebelahi mana2 pihak..sungguh...
sebab aku merasakan masing-masing dah cuba yang terbaik...
ye lah, siapa yang mahukan ketidaksempurnaan bukan?
dua-dua pihak mungkin ada isu yang ingin diketengahkan...
perkara biasa yang sering terjadi apabila apa yang dihajati tidak sama dengan apa yang diperolehi..
anggap sajalah ini sebagai satu ujian..tak kiralah sama ada di pihak kau mahupun di pihak yang satu lagi..
aku juga faham bila kau kata kau sudah penat..memang penat~
lebih-lebih lagi dalam situasi kita sekarang...berkejar dengan banyak perkara..
tidak salah meluahkan..baguslah kau tidak pendam...
eh, apasal panjang bebenor aku komen nih?? hahaha
ok, sebenarnya macam nih..aku harapkan apa yang terjadi tidak akan mengganggu gugat hubungan kedua-dua pihak... itu saja point aku sebenarnya...
sengaja ingin aku sampaikan dalam bentuk yang lebih puitis (kononnya~hahaha)

CHILL ok empunya blog~ n_n