February 10, 2010

Sedang mati.

Tadi. Aku baru tahu dari persepsi orang lain. Untuk kau. Tadi. Aku baru tahu bukan aku seorang yang suka gosip pasal kau. Tadi. Aku tahu ada yang seangkatan dengan aku. Rupa-rupanya.

Ok. Tidak mahu ungkitlah. Penat. Aku sakit hati seorang kalau ungkit. Sebab bukan ungkit depan kau. Tapi sebab ungkit dekat sini. Ungkit dekat depan kawan-kawan.

Ok. Abaikan kau. Tadi. Aku bantu kawan aku. Dia perlu pertolongan. Jadi aku ikut dia. Aku jadi pemandu. Aku tolong tunjuk jalan. Aku tolong banyak benda. Bukan aku saja. Ada lagi 4 orang rakan yang lain tolong dia. Nasib baik kami ada. Kalau tidak, kasihan dia. Tidak perlu tahu nama mereka. Cukup apa yang kami lalui tadi biar kami yang gembira. Biar kami yang tahu.

Aku. Masih sakit. Bahagian kanan perut. Aku ingat apendiks. Sudah ke klinik. Bukan apendiks. Tapi ada masalah dengan ginjal. Kamu tidak perlu tahu details. Biar aku dan yang teman saja tahu. Ubat klinik bagi sudah habis. Ketika ambil suppliment itu kesakitan aku hilang. Bila hari ini tanpa ubat. Sakit datang balik. Tunggu aku demam. Nescaya aku ke hospital terus. Jumpalah aku disana ya. JIKA aku demam dan masih sakit di bahagian kanan perut itu.

Aku. Tidak tentu arah. Waktu tidur jadi serabut. Waktu aku berjaga juga serabutlah hendaknya. Macam-macam aku kena buat. Sampai sekarang hanya mampu siapkan kurang separuh mungkin.

Aku. Harap sangat jangan masalah timbul lagi. Tapi kalau ada. Aku terima dengan redha. Walaupun aku suka mengeluh.

5 comments:

ashraf said...

ginjal? cuak gak ak dgr.xpe2 yg pntg mkn ubat..take care.

izan_muslimin89 said...

ko pehal ni?

sakit pi la klinik...
kang sakit sapa yg susah...
ko & keluarga ko gak...

.khai. @ drcomot said...

oke, da delete.
anyway mintak maaf banyak2 sebab letak tak mintak izin.(:

RoSe_ViOleTE said...

haisshhh...budak nih...
take care babe!!!

Fatin Mazelan said...

haha da ok da..=) tankyu2~