February 20, 2010

Alone.

Pernah rasa bila mana kau sedar kau ramai kawan, kau ada orang yang disayangi, kau mungkin ada orang yang menyayangi kau tapi kau masih rasa kau sorang-sorang. Macam tiba-tiba mereka pergi jauh dari kau. Pernah rasa?



Itu aku rasa.



Dulu. Dan hingga sekarang.



Mengapa?



Ok. Aku salahkan diri.



Sebab aku yang tidak betul. Sebab memang aku yang bersalah. Sebab aku yang tidak reti kawal emosi. Sebab aku yang tidak reti kawal situasi. Sebab aku selalu fikir negatif. Sebab aku hanya pengganti. Sebab semua salah aku.



Bukan sebab kau yang salah. Bukan sebab kau pijak kepala aku. Bukan sebab kau pergunakan aku. Bukan sebab kau kawan senang aku. Bukan sebab kau jumpa aku bila hanya kau perlukan aku. Bukan sebab kau langsung tidak pernah mahu faham aku. Bukan sebab kau rasa aku nak kawal kau. Bukan sebab kau yang salahkan aku. Semua bukan sebab kau.



Begitukah?



Ok. Aku selalu menangkan kau. Ok. Kau menang. Berkali-kali. Sebab itu yang kau nak. Aku ikutkan. Walaupun kau biarkan aku di sini sedih sorang-sorang. Merana sorang-sorang. Merintih sorang-sorang. Kiranya walaupun aku sakit jiwa. Bukan kau hiraukan. Sebab kau nak menang.



Kenapa sekarang aku luahkan?



Sebab dulu. Aku sorang-sorang. Aku gembira. Aku tidak kena jaga hati siapa-siapa. Aku buat apa yang aku suka. Sebab sekarang aku betul-betul terasa. Sebab sekarang bukan dulu. Sebab...sebab aku nak luah!




Boleh beritahu aku, kau perlukan aku ke tidak? Please. Aku sanggup merayu.



p/s : aku boleh survive tanpa kau akan datang. Sebab sebelum ada kau, aku memang sorang-sorang pun. =)




*kau di sini untuk ramai. Merujuk pada orang sekeliling...orang sekeliling aku. Siapa-siapalah. Kalau nak terasa. Silakan.

6 comments:

Aini Khalid said...

nak tau kenapa?
because u never grow up.
that's why.
and stop acting like a fucking high school kids yang baru nak up.
kejam tak ayat aku?
terima kasih.

Fatin Mazelan said...

hahaha. aku still acting like high school kids yg baru nak up ke?

punya ah aku ubah...still same ek??
kejam kejam kejam...

bukan pasal diri je aku rasa duh. ni manusia2 keliling yang tak bagi peluang.

Fatin Mazelan said...

aku cuba keluar dari kelompok itu sebenarnya. now, aku akan cuba. =)

Tfaaaaaa said...

aku dah lame xjumpe ko dan aku xtau `kenape ko boleh rase camtu..

`kenape ko bersikap seperti first commmentator ats ni ckp.

hahaha..nampak sgt lame xjumpe.. haha

Fatin Mazelan said...

itu yang dia nampak selama aku hidup ni. aku nak tahu pandangan kau pada aku pula.

RoSe_ViOleTE said...

kadang2...
kita perlu rasa bersyukur sbb die tinggalkan kita sekarang...
sebab sekarang baru kita tau siapa dia sebenarnya.

aku selalu rasa bukan kita yg mcm budak sekolah.
tapi mereka2 tuh
sepatutnya,semakin besar, semakin ramai kawan, semakin mahu bergaul dg masyarakat.
bukan meninggalkan.heh.
panjang plak.

pandangan aku. tiada kaitan dgn yg lain. trima kaseh. :)