January 25, 2010

Masih ada kamu.

Aku percaya jika aku selesaikan masalah sendiri aku puas hati.
Aku percaya jika aku ceria sentiasa aku mampu kaburi mata kalian.
Aku percaya jika aku pura-pura bahagia aku pasti kamu gembira.
Aku percaya jika aku cerita segalanya kamu hilang satu demi satu.
Aku percaya jika aku diamkan diri aku mampu sembunyikan masalah peribadi.



Tapi.

Aku tahu.
Ada yang perlu aku cerita. Ada yang tidak.
Lama-lama simpan. Otak boleh bernanah. Jiwa boleh rabak.
Hati jadi sakit. Jadi sendiri merana.

Aku tahu.
Sebab ini aku lalui. Semuanya.
Sakitnya. Pedihnya. Sedihnya.



Tapi.

Aku diamkan. Itu jalan terbaik. Yang aku lihat.
Bukan kerana aku tidak percaya kamu.



Aku perlu kamu.

3 comments:

NaZZy Hall said...

tak ada teman itu lumpuh.
lumpuh itu tak boleh berjalan.

beban itu lebih ringan kalau dikongsi.

say-0 said...

sharing is caring.

wann afzan said...

sy juge suka memendam..
sy tau perasaan anda...
jadi..
sila bertahan....
anda masih ade kami...