January 9, 2010

Kekarutkusutan.

Aku berani kata.

Semenjak kehilangan L. Aku sudah pandai mahu bergerak. Sudah pandai jadi rajin untuk ke fakulti. Sudah makin bersemangat nak buat kerja. Ini hikmah mungkin. Hahaha. Tak payah tunggu hilang nak jadi macam ini sebenarnya. Ini memalukan diri. Hahaha.

Ok. Ini kejadian betul.

Aku sekarang jadi jarang lihat-lihat facebook. Apatah lagi blog ini. Jadi, pesanan aku. Blog ini akan layu dimakan anai-anai. Eh! Karat sikit. Nanti bila aku tak sibuk. Akan aku polish kembali.

Aku sibuk untuk kerja akhir semester. Aku sibuk ke hulu ke hilir. Dari bilik ke fakulti ke perpustakaan. Sebab aku kejarkan kerja aku ini. Tapi susah juga bila tiada L kadang-kadang. Susah part typing.

Disebabkan ini, aku berani kata. Aku semakin kurus. Hahaha. Dengan batuk-batuk. Sakit dada. Selesema. Banyak kahak. Dengan sibuk ke sana sini. Aku jadi kurang makan. Kalau makan pun. Kuantiti kurang dari selalu. Sudah jadi kurang selera. Mungkin sebab kepala sibuk-sibuk nak kusut.

Jadi, selamat tinggal. Semoga aku bertaip kembali.

p/s : mak suruh cari pengganti L. Guna duit PTPTN aku. Hehe.

6 comments:

wann afzan said...

jage diri...fatin...

RoSe_ViOleTE said...

chaiyok fatin!!
hee

^_s::a::s::a_^ said...

err..aku jadi gerun mendengarkan ko rajin berulang alik dari bilik ke fac, langsung ke library...

itu tandanya.....ah, mls aku nk ckp.. b'+ cuak aku.. -_-"

papepun, keshtn harus dijaga.. (^_^)v

::SizuKa:: said...

banyak hikmah sejak kehilangan L. tahniah. jaga kesihatan sama. ;)

si buta warna said...

bagus!

Farhan Saharin said...

hahaha...
smoga makin kurus...