January 2, 2010

Kau berjaya musnahkan aku.

Sejarah dalam hidup. Untuk kali pertama julung-julungnya. Berlaku pada hari pertama tahun 2010 ini. Semuanya sekelip mata. Semuanya jadi kenangan.

Ok. Terima kasih sang pencuri. Kau buat aku sedar. Paling bagus kau buat aku menyesal. Jangan tinggalkan laptop terbiar atas katil. Walau di bilik sendiri. Jangan sesekali. Sayangilah benda yang mahal. Hurm. Bagus pencuri. Kau buat aku hilang pertimbangan. Kau buat aku kelu tanpa kata. Kau buat aku huru-hara. Kau buat aku terkesima. Kau buat senior kau ini hancur hatinya.

Kenapa kau tak tunggu aku habiskan tesis aku? Kau pelajar UKM. Punyai tajaan PTPTN, JPA atau MARA serta PA&MA. Kau sedang punya degree. Kau berotak. Kau pandai! Sebab itu kau masuk UKM lalu kau mencuri. Tak cukupkah wang kau dapat untuk beli laptop yang akan kau gunakan sepanjang hayat?

Kau buat air mata ini jatuh. Belum sempat setahun laptop itu. Belum sempat aku rosakkan laptop itu. Kau kenapa? Hurm. Kau suka ya musnahkan jiwa manusia lain? Kau mesti tak pernah fikirkan kalau barang kau yang dicuri? Ke memang semua barang kau. Barang yang kau curi? Mungkin. Sebab kau ambil juga 3 helai seluar aku.

Seluar dari ROMP ketiga-tiganya. Seluar yang satunya baru seminggu aku pakai. Seluar yang aku baru pakai kurang 5 kali,sayang. Ini tahun ke-3 aku di UKM. Kenapa kau rosakkan tahun akhir aku ini? Haish~

Aku hanya mampu geleng kepala. Aku hanya mampu beristigfar. Aku hanya mampu terngadah. Aku hanya mampu berpura-pura. Berpura-pura yang aku ok. Aku report polis ok? Ini kerja polis. Maaf jika kau ditangkap. Tapi itu yang patut aku lakukan.

Aku bukan berlagak baik. Cuma ini yang aku mampu lakukan. Kalau aku jumpa kau. Mungkin kau dapat maki. Tapi itu sahaja. Sebab aku dah memang kerugian. Bukan kau boleh sedekah RM2000.00++ pun kan? Rugi saja marah orang macam kau ini.

Semoga kau kembalikan laptop dan jeans itu. Semoga kau diampunkan Allah. Amin.

Kepada rakan-rakan. Jangan push aku dengan pelbagai soalan. Aku belum sembuh. Aku masih perlu masa untuk terima hakikat. Aku masih perlu masa.

10 comments:

waney jalil said...

fatin..suar pon kne curik gk ke?? gile sengket org tu. klu aku kt tmpt ko pn aku kt wat bnd yg sme. sabar ye fatin. nxt tyme ko kne lbey brhati2 k... =]

Tfaaaaaa said...

ko seolah2 kenal je pencuri tu

ayap said...

kesiannya.takpa2..teruskan hidup.

qe-runk said...

fatin =)
sm2 kte maki pencuri 2..
xde ksedaran sivik~

^_s::a::s::a_^ said...

sabar ye fatin...
pencuri tu mmg salah.. no offence!!
kalau tak di dunia..kat SANA t akan ada balasan menanti die..
but di pihak mangsa lak..juz ingt,
kalau ada rezki, benda 2 akn dtg blk pada ko..but if x dpt..anggp jew lah dh mmg bkn rzki ko..
plg tak, hati x sakit..jiwa akan tenang..

Fatin Mazelan said...

wani : sengkek la kot. suar aku yang lusuh nak mati pun dia amik.

tfa : kenal. 1 kolej aku ni kebanyakkannya aku kenal. aku tanya sorang ustaz tu. dia ckp org tu mmg aku kenal.

ayap : thanx.

kamil : biar aku je maki. hehehe

fura : thanx for your concern. memang itu diperlukan. tapi untuk yang memikul ni. masih dalam keadaan yang terkejut lagi.

Anonymous said...

from pnat

fatin ko knal ke pencuri sial tuh???

fatin sabar eh
mybe ade sumthing Allah nak tunjuk

Aini Khalid said...

aku sambung kat sini pulak.

kepada pencurik babilahanat,
aku harap ko mati dilanggar lori,digilis2 sapai lumat lalu anjing makan bangkai kau.
sekian.

sebut ni 40 kali.nanti makbul.hahahaha~~
puas.

wann afzan said...

sluar jeans romp kne curi mmg x dpt dimaafkn...
sy juge turut berdoa bersama fatin

noad said...

ko knl pencuri tuh?
abg am nk bwk abg2 ko sumer face 2 face dgn dier...ader bran?hehe...relek beb..aku paham..baik ko sign up blog ko ni kat nuffnang..blh dpt duit,blh beli L baru..