January 6, 2010

Hidup tanpa L.

Seperti kau ada sayap. Kemudian kau potong sayap itu lalu biarkan ia terbang sendiri. Berlalu pergi. Jauh. Makin jauh. Hingga hilang dari pandangan mata. Sehingga tidak tahu ke mana ia menuju. Sehingga tidak pasti dimana ia bersemadi nanti.

Seperti itu juga aku. Setelah apa yang berlaku. Ya! Aku masih dalam trauma. Trauma tahap ringan. Tapi aku pura-pura abaikan. Sebab nanti lama-lama ia terabai dengan sendirinya. Mungkinlah.

Seperti biasalah. Bila jarang bertegur dengan manusia yang dulu selalunya aku selisih. Bukan satu manusia. Tapi manusia-manusia. Bila jumpa kembali semua pasti ajukan soalan yang sama. Pasti! Jika tidakpun mereka hanya mengucap takziah atau beri kata-kata semangat.

Seperti biasa. Aku juga tidak menjawab. Ada jugalah sedikit malas. Tapi lebih kepada ingin berdiam diri. Itu yang terbaik. Sebab jika satu soalan aku jawab. Akan ada soalan-soalan lain. Aku pasti.

Sekarang rasa sangat kosong. Bila malam menjelma. Aku tak dapat lakukan apa-apa. Selain bergolek-golek di atas katil. Menunggu jam 12pagi untuk tidur. Mahu mulakan tesis aku pun susah. Jika draft bolehlah pakai pen. Jika yang sebenar punya tesis? Mana boleh pakai tulisan tangan.

Dulu selalu pinjam laptop Nadiah, roomate yang setia. Aku tahu dia rimas dengan begitu. Takkan sekarang kembali merimaskan dia? Dia juga ada tesis yang perlu diselesaikan. Takkan nak pinjam si Yana di kolej Zaaba? Dia juga ada komitmen ke atas laptop dia. Erk...jangan susahkan orang lain sebab kepentingan sendiri.

Ok. Aku hang. Aku terasa hopeless.

5 comments:

liyanadirah said...

hehehe...
bole2
kalo lepak2 mekdi ke
ley la pkai laptop aku

Fatin Mazelan said...

oh kalau mcm tu hari2 la pegi mcd..sebab nak pinjam laptop kau..hehe

Farhan Saharin said...

hari-hari lepak mcd..
jika ditambah tolak
da leh bli lptop yang baru tu...

liyanadirah said...

bole2..
hari2 pg mekdi ko lanje
lptp sewa free unlimited use
but only at mekdi
hahha

Fatin Mazelan said...

betul juga kata paan tu..
ala bukan dapat gi mcd dah pun. kereta dah kena anta umah.