December 31, 2009

Tinggallah 9 datanglah 10.

Ini azam aku ketika aku masih berjiwa keanak-anakan. Azam yang aku tahu aku tak kecapi 1/4 dari mereka pun. Ini dia azamnya. Bacalah jika kau rajin.

Sekarang. Baru aku tahu aku banyak merapu. Aku banyak sangat fikir tentang keseronokkan. Banyak sangat fikir untuk berfoya-foya. Banyak sangat fikir. Sangat sangat. Baru aku tahu aku dah bazir banyak masa. Aku dah bazir banyak duit. Aku dah bazir banyak benda. Ah! Kenapa baru sekarang menyesal? Itu kisah lama.

Sekarang. Aku makin mampu fikir apa yang perlu. Makin mampu simpan duit. Makin mampu untuk jana duit. Makin mampu untuk kurangkan kefoyaan. Mungkin. Mungkin sebab aku sudah menginjak ke usia yang makin ke arah kedewasaan. Hahaha.

Tahun 2010 ini tahun aku mungkin graduate. Tahun mungkin aku ke alam pekerjaan. Tahun yang panjang lagi. Tahun yang aku tak tahu apa akan jadi bila sampainya 31 Disember 2010. Jadi mari tawakkal dan redha saja. Selain usaha jadi lebih baik.

Ok. Tahun ini tiada azam baru. Seperti tahun baru Islam juga aku tiada azam baru. Kerana aku tahu perkara yang lalu mungkin berulang-ulang lagi.


3 comments:

tya said...

"Sekarang. Aku makin mampu fikir apa yang perlu. Makin mampu simpan duit. Makin mampu untuk jana duit. Makin mampu untuk kurangkan kefoyaan. Mungkin. Mungkin sebab aku sudah menginjak ke usia yang makin ke arah kedewasaan. Hahaha."

muahahahha, lawak sial.
perkara berulang lagi?
hurmm...

paAn BaEk said...

1 tertinggal...
makin mampu menambahkan berat lebey dr y bese....
hahahaha

Fatin Mazelan said...

eh eh aku da kurus ok.