December 6, 2009

Macam mana kalau aku kahwin?

Bulan ini bulan Disember. Cuti. Bagi aku dan kanak-kanak yang digelar pelajar. Musim tengkujuh juga bulan ini. Eh musim orang kahwin!

Baru masuk bulan ini, aku sudah pergi 3 jemputan kahwin. Aku tak tahu kalau kau orang. Tak nak tahu. Tak nak kau semua riak dengan aku. Bukan aku bagi duit pun. Ok. Ini lari tajuk.

Yang baru lepas pada 5 dan 6 dis. Yang akan datang pada 12 dis, 19dis, dan 20dis. 27 dis ada juga mungkin. Tak tahu. Ikut saja mak abah nanti. Ok. Bawah ini cerita pada 5 dan 6 dis.

Pada 5 Dis ada satu jemputan kahwin. Jiran selang satu rumah. Baya abang aku. Ok. Aku kena paksa jadi pengapit. For sure wajib pergi. Gambar kat facebook. Tunggu photographer upload. Ini pakai baju warna cream. Ada telur dalam bakul kertas, gula-gula untuk door gift. Ada bunga telur + muffin untuk kumpulan marhaban. Aku tolong buat kerja ini. Banyak! Tak ada gambar door gift. Ini tiada pelamin.

Kad Kahwin jiran.

Pada 6 Dis ada dua jemputan. Dua-dua anak kawan mak aku kahwin. Kenduri 1 di Bukit Damansara. Di Pusat Komuniti. Ceruk dalam bandar.Erk! Pusing-pusing cari rupanya simpang yang pertama dari traffic light. Duh! Eh ini bukan aku nak bincang. Ini pakai tema biru. Pelamin ada. Warna biru + kelabu. Kek 3 tingkat kalau tak salah. Bekas potpourri yang kosong untuk door gift. Mungkin bekas potpourri. Seorang dapat satu. Aku pergi 4 orang. Empat-empat dapat yang sama termasuk kanak-kanak. Ini tak nampak pengantin.

Kad kahwin menyerupai kad raya.


Door gift. Lagi 1 mak dah jadikan perhiasan.

Lepas itu, ke Selayang. Ini tema biru + kelabu juga. Ini dua pasang pengantin. Makanan ada kuih-kuih, ada satay, ada nasi minyak, ada jambu segar, ada ABC. Dalam beg door gift ada muffin, ada mug dari IKEA dan air mineral Spritzer. Sekantung gula-gula untuk kanak-kanak. Ini nampak pengantin kedua. Pakai biru. Pengantin 1 dah salam-salam kawan-kawan. Pakai baju hitam. Ini meriah. Besar-besaran.

Kad kahwin.


Door gift. Dalam sarung. Paling depan.
Untuk kanak-kanak.

Persoalan aku disini kenapa perlu belanja lebih? Paling sikit orang kata RM20,000.00 hangus untuk kerja kahwin ini. Wah! Banyaknya duit nak kena pakai. Gila! Gila! Gila! Mana nak cari duit tu. Eh eh kesayangan, awak support boleh nanti? Hahaha. Matilah. Ini mahu aku makan nasi dengan ayam goreng tambah kicap saja untuk 5 tahun untuk cover pembaziran ini. Hahaha.

Bukan ke walimatul urus ini sekadar menjemput memberitahu bahawa pengantin sudah berkahwin? Bila kurang sikit, orang bising cakap kedekut. Bila besar-besar sikit kendurinya orang kata nak glamor. Ok. Ini mulut orang punya memang tak boleh tutup. Abaikan saja ini.

Eh eh kau semua. Aku kahwin nanti aku hidang nasi putih dengan ikan goreng dan daging masak kicap. Mahu? Kau tak cakap aku kemut kan? Tak pun mee bandung sajalah dengan air bandung soda. Bapa aku buat sedap. Door gift tak ada. Sebab nak tunjuk aku dah kahwin saja. Ha! Tak pun aku announce di facebook saja. Yang aku dah kahwin nanti. Hahaha. Rasa-rasa kau mahu datang ke kalau aku buat macam tu?

11 comments:

syapik hassan said...

1st aku nak ckp.. ko salah tarikh la.. 5 disember hari sbtu.. so yg ko jd pengapit tu bukan 4 dis.. tu 5 dis.. haish...

2nd aku nak ckp.. hahaha.. aku stuju, mmg nak kawen perlu lebey 20k..sbab kalo nak kira 200 jemputan, makanan catering je da dekat nak rm15 sekepala.. blom cas2 len lg.. kad jemputan lg.. baju pngantin lg.. khemah lg.. sewa kusi meja alas meja lg.. mcm2 dowh.. seriuz.. aku pun simpan ASB nak kawen,dlm 7 atau 8 tahun lg aku kawen lah.. haha.. aku org susah,bukan org snang.. tu yg target lambat lg tuh.. ko pk la bek2.. kawen ni bukan pasal ikatan je.. kawen ni pasal tanggungjawab, kesetian,n mcm2 lg.. meluas sgt kawen ni.. aku doakan ko bahagia dgn sape pun.. kawen biar anak comeyl2 ramai..yg aku taw, aku dpt kad jmputan.. kalo ko x ajak, aku bakar umah n keta ko.. hahahhaa..

Fatin Mazelan said...

oh salah ek? jap aku tuka.
eh eh kau dah kusutkan pengiraan aku.haha
pasal tanggungjawab ni akan aku soalkan nanti. ini khas utk bab kahwin je.
kalau aku kahwin, aku kahwin di rumah mak bapa aku. kereta pun aku belum ada. kau nak bakar apa? haha.

Anonymous said...

persoalannye, perlu ke wat besar2an?haha. camni la, megah xmegah up to that individual. lagipon its one chance of their lifetime to play prince n princess on the stage. tp bio le berpade2. aku tao "wey! aku kumpul duit byk2. aku keje penat sb nak kawin. aku ade hak la nak spend smpi aku n sume puas." pikir yg akan datang. bab mengate tuh, alamak! aduh, penat nak ckp. mmg da sah lumrah org xpenat2 nak tutup mulut. da org jemput, bg gift n bg makan cukup la. toksah nak buat mulut. kecik(kedekut) besar(bermegah). wey tolong r. bersyukur la org tuh da jemput. dari tak jemput, kalo nak byk mulut, itu ske ati korang.

utk yg involved gan wedding. punctual is IMPORTANT! alert that word. walaupun aku bukan family mmbr akak aku kawin aritu, tp aku pon rase marah gak la org da janji camne. da kol 1130 wedding kol 12 baru nak siap PA sistem. menangis2 bride tuh.

my last word towards this silly case, SELAMAT LAH PENGANTIN BARU. enjoy la puas2 malam pertame k? ape2 da rase seronok mlm tuh, meh share gan aku ape korang wat. bgus x plan position ko. hahaha

Fatin Mazelan said...

nampaknya perenggan terakhir cik senah kita ni mengarut ya. belum nak kahwin lagi la!
tunggu dia kumpul duit untuk support wedding party tu. hehe.

even aku buat nasi dengan daging masak kicap. kau orang datang tau. bagi free tu. jangan banyak berkira.

ayap said...

bukan menjadi kewajipan untuk berlebih.setakat ada majlis yg simple pun dah memadai.sembelih ayam sekor pun jadi la..

Fatin Mazelan said...

maksudnya boleh la aku buat nasi + ayam goreng je...yes!!

adib said...

sy x kesah... janji ade nasik laok ayam je pn jd la... hahahaha..... air nk sirap limau yg sedap... huhu best best... jom kite ucapkn Selamat Pengantin Baru kt cik patin kite.... lalalallala.... hoho..

Fatin Mazelan said...

ini baru 3 org cakap...jemputan ada lagi mungkin 497orang lg...kena tanya sorg2 ke yg menu tu ok??? hahahaha.

Anonymous said...

ala ayat last tuh utk akan dtg la fatin. mane tao aku xsempat nak ucapkan ke. time2 ni la aku nak ucap. renung2kan la. selamat beramal. muahahhahahah

Fatin Mazelan said...

gila. siapa nak kongsi ngan kau senah oi...simpan sendiri sudah..eheh

Aini Khalid said...

ko mmg lah nak buat nasi daging kicap je. tapi..nanti mak ko, makcik-makcik ko, nenek ko, nenek sedara lagi, kazen mak ko, sedara mara bau-bau kentut semua lah yg sibuk nak tambah macam2~

sekarang kita bolehlah cakap macam ni. macam aku konon takanak bersanding(sebab i pemalu) tapi nanti mesti pdn muka aku kene jugak.


percayalah.