December 14, 2009

Jangan ganggu aku sebab ini.

Bila aku lihat di Facebook dan jika kau sudah baca entri Cerita Lama, aku rasa kau orang dah salah anggap masalah aku ini. Kau orang dah salah nasihat aku atas benda yang salah. Still. Aku terima nasihat kau orang. Sebab kau orang tak tahu perkara sebenar. Kau orang tak perlu tahu. Untuk sekadar menasihati aku.

Masalah ini bukan masalah yang terjadi dulu lalu sampai sekarang aku tak boleh lupa. Masalah ini bukan masalah hormon. Maksudnya masalah aku bukan masalah flashback. Contohnya. Aku bunuh orang masa umur 10 tahun. Lalu sampai sekarang aku ingat. Sampai sekarang aku serabut. BUKAN. Ini bukan masalah aku. Bukan situasi seperti ini yang berlaku.

Masalah yang aku hadapi ini bukan bayangan ketika aku masih kanak-kanak. Tapi masalah ini berlaku setiap hari dalam hidup aku sejak aku berumur 10 tahun itu. Faham tak tiap-tiap hari? Aku tanya kau. Kau dikutuk kawan kau selama sebulan. Sebulan tu tak lama bagi aku. Kau rasa dalam masa sebulan itu huru-hara tidak hidup kau bila kau bersama dengan kawan yang kutuk kau itu? Rasa teruk tak? Macam sampai satu tahap kau boleh tanya balik kenapa kau dapat kawan macam itu. Ada tak? Hahaha. Mesti kau akan jawab. Kau akan tinggalkan kawan kau itu.

Kalau tak ada. Kau patut bertaubat. Kau hilangkan hati dan perasaan yang tuhan bagi pada kau. Jangan kau kawan dengan manusia jika kau tiada perasaan. Aku cakap betul. Jangan kata aku sesuka hati saja cakap. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Ok. Off topik pasal kau.

Jangan tanya aku apa masalah aku. Aku belum dan tak nak cerita pun. Tapi yang kau patut tahu. Masalah ini bukan igauan aku. Masalah ini masalah harian yang berat. Yang aku sendiri sampai sekarang masih hidup dalam pura-pura. Hidup atas kapal. Tahu? Bila ombak besar datang. Kapal itu terumbang-ambing. Tak tahu sama ada selamat atau tenggelam. Lalu mati.

Kalau kau rasa kau masih tak faham. Abaikan aku. Layan aku macam biasa. Aku belum mahu kau orang kasihankan aku. Sebab dalam 10 tahun ini aku berjaya survive. Kenapa tidak 10 20 30 tahun lagi? Sekarang bila aku cerita baru nak ambil kisah. Hahaha. Terus terang aku tidak suka orang itu. Kau sengaja cari point. Tak tahu untuk apa.

Maaf. Aku berfikiran negatif seketika. Hati aku belum pulih. Belum stabil. Maaf semua. Maaf. Aku minta maaf sangat-sangat.

No comments: