December 13, 2009

Cerita lama.

Aku sudah menjangkau umur 20-an. Aku boleh kategori dewasa. Ok. Aku happy siang tadi. Aku sangat happy.

Eh tiap kali aku keluar jalan-jalan, rayau-rayau dengan rakan-rakan atau kesayangan. Pasti happy lah! Hahaha. Tiap kali ok. Best lah! Tak kan kau tak rasa?

Tapi bila balik rumah. Aku down kejap. Tadi saja lah. Sebab. Erk sebab. Ah! Tak payah tahu. Apa yang pasti. Yang aku tahu. Perkara 10 tahun lepas sudah terungkai hari ini. Hahaha. Baru aku tahu mengapa begitu. Mengapa jadi begini. Mengapa ia berlaku. Mengapa untuk semualah!

Ini jadi hari yang mungkin teruk. Tapi mungkin paling bagus dalam hidup. Mungkin paling buruk untuk menghadapi hidup seharian. Mungkin semualah. Ok. Aku down sangat. Sebab aku mangsa. Mangsa keadaan mungkin. Aku tak salahkan sesiapa. Cuma aku terasa. 10 tahun! Kau orang mungkin tak rasa begini. Semua orang lain ragam.

Ok. Sekarang kalau kau baca ini. Aku dah tidur. Itu cara aku lupakan masalah itu untuk masa terdekat. Untuk jangka masa lama. Hahaha. 10 tahunlah! Kau boleh lupa ke perkara yang kau rasa sangat sangat buruk pada kau? Kalau kau boleh. Bagus! Tapi aku tidak. Sebab tiap-tiap tahun benda yang sama berlaku. Aku memang buduh juga gila jika lupa. Hahaha. Tapi selalunya aku pura-pura lupa. Untuk aku bahagia. Untuk aku sendiri bahagia. Untuk aku seorang bahagia. Ya! Aku seorang saja.

Bukan tidak fikir orang lain. Tanya sahabat aku. Mereka bahagia tak dengan aku? Mereka rasa aku teruk? Kalau ya. Tunjukkan siapa orang itu dan akan aku terangkan dari A sampai Z mengapa beliau berkata demikian. Aku bukan jenis menipu. Melainkan untuk orang itu bahagia. Walaupun sementara. Aku suka menipu untuk orang bahagia. Hanya tujuan itu. Eh eh untuk selamatkan diri pun ada. Tapi sebenarnya aku sangat teruk kalau menipu. Kau akan tahu bagaimana aku menipu. Terang-terang kau akan nampak.

Ok. Aku nak tidur. Sudah banyak air mata ini mengalir untuk 10 tahun. Hahaha. Untuk sahabat. Kau gelaklah. Aku tak seperti yang kau kenal sebenarnya. Kamu semua belum mengenali aku. SEMUA!! Tidak ada seorang pun yang tahu siapa aku. Sama ada Siti Mariam, Liyana Nadirah, Nazrin Saad, Izan Muslimin, Muhammad bin Amin, Farhan Saharin, Noradzlansyah, Syed Omar Faizal, Anis NurNabilah, Dayang Siti Naqiah, Nurul Farhana, Hazira Haidzir, Intan Nur Baizura, Hamizah, Hafizuddin Mohd Jasni, Ahmad Aqmal Rahmat, Sharif bin Ishak, 'Atiyah Amirah, Nor Atiqah Razali, Nur Atifah, Kaiyisah Laiyinah, Nur Nazirah Mat Yatim, Norazleen Hashim, Marinah Syafiqah Mohd Yusof, Ahmad Syafiq Sabri dan yang lain-lain. Semua ini kawan dari aku berumur 7 tahun hingga sekarang. Seorang pun tidak tahu aku bagaimana. Tanya mereka apa yang mereka nampak aku.

Untuk manusia yang mempunyai pertalian seperti anak pakcik Khalid - Aini dan Sarah Adibah, Nazihah Mohd Nazer, Haziq Samsualdin, Khairul Nizam Mohd Noh dan sesiapa saja. Mereka juga tidak kenal aku. Serius. Belum kenal lagi. Apa yang mereka tengok hanya aku yang sentiasa happy.

Ada yang kata aku ini orang yang sentiasa happy, ceria, sentiasa senyum, sentiasa ada cerita-cerita gembira. Ini mereka kata. Bukan aku. Tapi mereka tidak tahu apa yang berlaku. Ok. Jangan tanya apa dia. Aku tak akan beritahu. Sampai bila-bila. Hahaha. Kau paksa bagaimanapun tidak akan berjaya. Hahaha. Betul. Ini serius.

Kau boleh mengumpat aku, kutuk aku, hina aku. Aku tidak risaulah semua itu. Aku halalkan. Tapi itu antara kau dengan tuhan. Aku manusia. Jadi aku tidak mahu ambil kisah benda remeh ini. Hahaha. Cuma jangan kau ludah aku. Lalu kau jilat aku balik. Jangan. Aku belum pernah suka orang begitu. Tanya Norafiqahazunah dan Lina Syamimi. Apa aku buat dengan mereka sekarang.

Ok. Sekarang aku masih mengalir air mata. Akan berhenti jika tidur. Maaf entri kali ini aku sangat celaru. Aku perlu ini untuk lepaskan apa yang terbuku. Kerana blog ini bukan sebarkan pada orang ramai seperti manusia. Cerita dari aku macam ini tapi bila tiba untuk orang yang ke-3 saja sudah serong macam itu. Aku tahu. Aku jumpa ramai macam itu. Jangan terasa. Aku bukan cakap kau. Aku cakap orang ramai. Jika kau terasa. Maafkan aku.

Assalammualaikum.


1 comment:

Nazrin Saad said...

patennnnnnnnnnnnnn~~~~

lu mesti tanya sbb apa baru gua komen. sbb gua google nama gua.

patennnnnnnnnnnnn~~~

kenal xkenal pun gua kt lu, gua suka juga lu.