December 22, 2009

1 Malaysia.

Apa tujuan? Untuk merapatkan jurang antara kaumkah? Untuk tidak mengulangi 13 Mei kah? Untuk bersatu-padu meningkatkan mertabat negarakah?

Kenapa ia diwujudkan? Bukan. Bukan. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak lepas tragedi 13 Mei itu? Ok. Aku kurang mendalami sejarah negara. Jadi aku jahil tentang itu. Jika kau tanya satu soalan tentang sejarah negara mahupun dunia. Serius kau tak akan dapat jawapannya. Tragedi 13 Mei pun aku tak tahu perkara sebenarnya yang berlaku.

Ok. Ini bukan topik. Dari dulu kaum Cina, India dan Melayu sudah ada di Malaysia. Sudah lama menabur bakti, berkais pagi makan pagi untuk melonjakkan ekonomi negara. Mereka bekerjasama dalam hal ini. Tapi mereka masih ada sifat perkauman. Secara saintifiknya.

Kaum Cina masih dengan golongan mereka. Kaum India masih dalam kelompok yang sama. Kaum Melayu masih dibawah tempurung mereka. Tiga-tiga ini susah untuk diamalkan 1 Malaysia. Tak payah lihat satu negara ini. Lihat saja di IPTA. Aku nampak itu. Kau?

Nak tahu cara paling bagus praktik 1 Malaysia? Naik bas mini di Kajang ini. Bukan 1 Malaysia. Tapi 1 Dunia. Dalam satu bas ada orang Indonesia, orang Bangladesh, orang muslim China. Semua naik bas yang sama. Kadang-kadang mereka tidak segan bertegur sapa. Tidak bergaduh pula. Ok saja. Kenapa tidak kita?

2 comments:

Fathi Adha said...

1 Malaysia...hanya slogan utk menyemai langkah ke arah perpaduan... tetapi pelaksanaannya tiada..

jgn terlalu percaya pada janji2 org politik...sbb mereka org politik..

muhammad rahimi bin hasan said...

ohh..

1malaysia sama juga macam bangsa Malaysia (mahathir mohamad) dan malaysian malaysia (lee kuan yew) .

tujuannya utk menghapuskan perkauman agar ada rasa bahawa mereka hidup dalam satu negara dan satu bangsa.

nak tahu pasal 13 mei,
baca 2 buku.

1. 13 mei: sebelum dan selepas (tunku abd rahman)

2. dokumen deklasifikasi 13 mei
(kua kia soong)

tak nak struggle plak aku menerangkan kan.hahaha. nak paham lagi kena ada discussion kat sykt rosli. nak lecture note pon aku ad ,hahaha