November 21, 2009

Senah, ini untuk kau.

Dengan terposnya entri ini, bermakna kau sudah baca apa yang aku cerita sebelum ini. Tanpa ada respons dari kau selain 'ok. xpe' amat membuatkan aku risau, serba-salah, takut...semualah! Bila aku tanya kau, kau hanya tunjuk smiley gelak guling-guling dan suruh diam saja. Tanpa mengetahui apa yang kau rasa dari Yahoo! Messenger itu membuatkan aku serba-salah tulis kisah kau disini.

Sekali lagi, maafkan aku ya Senah. Seperti aku kata tadi. Itu persepsi aku. Seperti yang kau kata tadi. Aku bukan kau. Memang. Kalau aku adalah kau pasti bukan kisah sebegitu yang aku ceritakan. Pasti lebih banyak lagi unsur-unsur kebahagiaan. Aku pasti itu.

Oh! Apa yang kau cerita pada aku siang tadi. Aku dapat rasakan yang kau kembali gagah. Gagah untuk berdepan dengan apa yang berlaku. Cuma kau masih ada serpihan-serpihan kemarahan yang mendalam dalam diri. Aku tahu itu. Aku juga seperti kau. Perangai kita lebih kurang. Cuma kehidupan yang membezakan aku dan kau, Senah.

Seperti apa yang kau beritahu. Salim kembali. Mencari kau dengan tiba-tiba. Bila kau tanya apa status kau. Dia masih mengaku kau milik dia. Sebab kau degil. Itu alasan yang diberikan sebab gantungkan kau tanpa tali. Alasan itu kurang memuaskan hati aku. Sebenarnyalah. Dan tidak puaskan hati kau juga kan? Aku tahu. Tapi jika kau tanya lebih banyak. Nanti kau sendiri yang merana kembali. Aku tahu sebab kau yang beritahu aku tadi.

Kau kata dia ajak jumpa. Teman dia untuk pergi temuduga. Ok. Ini kau putuskan sendiri yang kau mahu jumpa dia atau tak. Bagi aku. Kau patut. [Bercanggah apa yang aku cakap siang tadi.] Sebab aku fikir kau dan dia boleh jernihkan hubungan kau orang dengan talk face to face. Itu lebih praktikal. Seperti aku dan kesayangan. Kadang-kadanglah.

Ok. Aku tak tahu apa nak di konklusikan. Aku hanya harap kau tenang-tenang saja. Kau masih ada kami. Rakan-rakan kau. Kami ada disini jika kau perlukan kami. Kami sayang kau, Senah. =)

3 comments:

Anonymous said...

ok, xpe. love u all too

ayap said...

so sweet.sayangilah kawan anda!

Fatin Mazelan said...

hahaha. klaka la kau ayap.