November 18, 2009

Saya tak kira. Saya sayang Salim juga!!!

Aku ada kawan. Senah namanya (bukan nama sebenar). Dia rakan dari sekolah menengah lagi. Maksudnya dari tingkatan 3 kerana baru tahun itu aku kenali dia. Dia agak pendiam dulu.

Sekarang umur dia sama dengan aku. Dia sudah menjadi graduan 1 kolej di Malaysia ini. Diploma dalam arkitek rasanya jurusan beliau. Oh! Hebat dia ni. Bangga aku jadi kawan dia.

Pada waktu Senah di kolej itu, dia sudah 7 kali jatuh bangun dalam percintaan. Dalam bahasa lain couple lah. Itu saja yang dia luah pada aku. Tak tahu kisah itu lebih dalam. Masuk yang ke-8, baru aku jumpa si jejaka itu, Salim (bukan nama sebenar juga). Malam itu aku berjumpa mereka yang sedang hangat bercinta. Aku lihat dan abaikan saja. Sebab si kesayangan aku juga ada. Hahaha. [abaikan ayat terakhir ini]

Sejak itu si Senah selalu berborak di Yahoo! Messenger(Y!M) pasal si Salim. Oh! Tak salah sebab aku juga bertukar cerita tentang aku. Bahagia aku nampak Senah disitu. Lama juga. 3 bulan mungkin.

Setelah Senah dan Salim menjadi graduan di kolej yang sama, mereka membawa haluan masing-masing tapi masih mengekalkan hubungan mereka. Si Salim membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Kedah. Si Senah hanya ingin bekerja dahulu katanya.

Ok. Start sini cerita yang melibatkan aku. Si Senah bekerja di sebuah restoren di satu pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Sebagai pelayan. Untuk pekerja baru. Salim tidak suka kerana kerjanya si Senah ini pada waktu malam. Ibubapa si Senah juga kurang senang dengan waktu bekerja itu.

Lantas Senah melepaskan ketidakpuasan beliau pada aku. Ok. Ini sudah terlalu dalam. Ini tak susahkan aku.

Makin lama, Salim makin diam di Kedah. Senah susah hati. Hari-hari text aku di Y!M Hari-hari juga aku layan dan beri kata-kata semangat. Makin lama makin negatif pemikiran Senah terhadap Salim. Makin banyak juga pelepasan geram pada aku. Makin selalu juga aku layan.

Satu hari si Senah ini yakin si Salim ada yang lain dihatinya. Si Senah secara automatik mengatakan mereka sudah berpisah. Aku terima. Aku bagi kata-kata nasihat pada Senah. Esok, tiba-tiba si Senah kata dia rindu pada Salim. Hari-hari kata begitu!

Aku bukan apa. Salim dah diamkan diri. Rimas agaknya sebab aku diberitahu si Senah telefon si Salim 24/7. Aku pun rimas begitu. Aku nasihat lagi si Senah supaya jangan begitu. Bagi Salim ruang. Bagi Salim masa. Mungkin sibuk dengan sesi pembelajaran di sana. Si Senah menidakkan! Senah masih yakin Salim sengaja berkelakuan begitu.

Aku faham Senah ni. Sebulan. Eh! Lebih sebulan rasanya aku melayan kerenah tak tentu pasal si Senah ini. Bukan aku seorang. Ada lagi rakan-rakan Senah yang lain jadi mangsa. Hari-hari lepas fikir negatif oleh Senah, lepas itu mesti kata rindu sayang pada si Salim ni.

Lagi jadi masalah, sanggup Senah mengganggu aku pukul 3pagi sekadar hanya ingin bercerita tentang Salim. Rakan aku, Limah(juga bukan nama dia) kena ganggu semasa dia sedang bercanda bersama kesayangan dia. Seperti desperate gila Senah ini kan? Atau memang desperate pun?

Siapa tak fed-up? Hari-hari kau dengar cerita macam keling. Pusing-pusing. Kawan kau ada begitu? Kau layan bagaimana dalam sebulan dua perangai dia itu?

Teruk ke aku setelah lebih sebulan melayan Senah, aku katakan "jangan ungkit pasal Salim selain kau kata kau dah tinggalkan dia"? Salah ya? Habis tu bagaimana? Ada cadangan?

Tapi aku rasa Salim dah kembali. Setelah ambil masa untuk dirinya berfikir mungkin. Sebab baru tadi aku lihat status Y!M Senah. Dia seperti happy. Tak tahulah kalau dia happykan diri sendiri.




Oleh,
Tina.

8 comments:

ayap said...

wah.best cter ni.smbung cpat!

Fatin Mazelan said...

hahaha maaf.tiada sambungan. aku da xnak amek taw kesah ini kemana...hohoho

ayap said...

ah.keciwa...

Tfaaaaaa said...

macam novel cinta part 1..

gile gempak..

nk berkenalan dgn limah weh.haha

menghepi kn diri sendiri barangkali?uhuk2.mungkin ya mungkin tidak.

hanya beliau mengenali diri beliau.

ah serabai.daa~~

Fatin Mazelan said...

hahaha tah...ini dari perspektif yg aku kne...yg Limah kena...aku xtahu...t aku cite dari yg aku kumpul pula...

Tfaaaaaa said...

bereh.hak3

iqaraz said...

cian betol aku dgr citer limah n temah( bukan nama sebenar)....seperti yang aku dgr Siti (bukan nama sebenar0 pernah berkata bahawa instinct nye mengatakan bahawa dia x suka pada salim...rupenye begini kesahnye...
cian senah,...

harap2 senah perlu mengkaji balik segala nasihat3 limah,siti dah temah serta tina...

Fatin Mazelan said...

sape plak siti ni cik iqa oi???
tuka cite aku plak...hahaha