November 19, 2009

Aku Sayang Kau, Senah.

Senah,

Maafkan aku. Jika kau sudah terbaca entri semalam, maafkan aku. Jika belum, aku bernasib baik. Tapi maafkan aku. Bukan niat aku untuk aibkan kau Senah. Tapi aku rasa entri semalam bukan untuk mengaibkan kau. Hanya aku meluahkan segala yang aku rasa aku kurang yakin nak luahkan pada kau secara terus. Nanti kau kata aku menyebelahi Salim. Manalah tahu sebab entri itu jika diluahkan secara berdepan dengan kau, mahu tak mengamuk kau. Lantas kau putuskan persahabatan kita. Atau mungkin aku salah anggap juga. Mana kita tahu kan?

Ok. Pasal kau dengan Salim. I have no idea about that. Aku tak suka kacau rumahtangga orang ni. Sebab aku tak suka orang campur tangan urusan aku dengan kesayangan aku. Ok. Macam ini. Kau cerita pada aku. Aku terima. Aku tak kisah kau nak sumpah seranah Salim. Aku tak tahu Salim itu bagaimana sebenarnya orangnya. Aku cuma bayangkan Salim dengan perspektif yang kau bagi, Senah.

Tapi dengan apa yang kau katakan atau coretkan di Yahoo! Messenger itu, aku tak rasa salah itu 100% pada Salim. Dia ada dunia dia yang perlu diterokai. Bukan maksud aku menduakan kau. Bukan. Cuma dia perlu hidup berdikari mungkin. Sebab terlalu jauh dengan kau. Dia perlukan rakan-rakan disana. Mungkin. Dia perlu sesuaikan diri disana untuk dia. Mungkin. Aku tidak tahu itu. Aku jangka saja. Fahamilah dia Senah.

Kau ganggu dia bertubi-tubi tanpa mengira waktu tiap-tiap hari. Itu salah Senah. Kau lihat myspace dia dan kau buat cerita yang tak berkenaan. Itu agak salah Senah. Dia tak balas mesej kau yang bertubi-tubi lalu kau salahkan dia lupakan kau. Itu mungkin kau salah Senah. Kau cerita pada kami (rakan-rakan kau) masalah kau ini. Ini mungkin betul sebab bagus untuk kau luahkan segala yang kau pendam. Kau minta nasihat kami. Ini mungkin betul. Tapi kau tolak 100% cadangan kami, nasihat kami. Itu agak salah Senah. Aku rasa ia mungkin salah. Maksud aku kau tolak adalah kau langsung tidak cuba atau mungkin tidak terfikir untuk cuba apa yang kami cadangkan. Ada baiknya cadangan itu Senah.

Bukan nak kata kami rasa tak dihargai. Kami tak rasa begitu. Oh! Aku tak rasa begitu Senah. Kau kawan aku. Kawan dari sekolah. Kawan yang buat huru-hara bila bersama. Kawan suka duka. Aku tak akan tinggalkan kau. Kecuali jika kau menghuru-harakan hidup aku.

Jangan terlalu emosi, Senah. Bila aku kata dah tak nak dengar kau bebel pasal Salim. Kau kata aku lari tinggalkan kau. Tidak Senah! Tidak. Aku bukan lari. Cuma aku sudah kekeluan kata untuk menasihati kau. Sampai satu tahap aku tak tahu apa lagi yang aku perlu buat. Perasan tidak? Aku ulang kembali saja apa yang aku cakap dari awal hingga hari yang akhir kau beritahu pasal Salim pada aku.

Mahu aku ulang lagi segala yang aku beritahu kau? Mungkin tidak sekarang. Nanti kau kata aku mengungkit pula. Senah, aku sayang kau. Aku tak suka lihat kawan aku kecewa semasa aku bahagia. Tapi kecewa kau ini kau yang buat. Kau yang cipta. Bukan aku saja kata. Limah juga. Oh Latip juga.

Aku perasan. Semalam kau buzz aku di Yahoo! Messenger. Kau seperti mahu berborak dengan aku dengan menahan tangan kau dari menaip cerita pasal Salim. Atau aku salah? Tapi sekenal aku pada kau, aku tahu rakan-rakan aku bagaimana. Tak perlu bohong aku. Tapi kalau nak tipu. Sukahati kaulah. Itu hak kau. Ok. Mungkin banyak yang kau simpan untuk kau cerita pada aku.

Jika kau baca ini Senah, aku sudah kembali terbuka mendengar keluhan kau itu jika itu yang buat kau puas hati. Tapi satu Senah. Janganlah selalu kau ganggu Limah dan yang lain yang ada tanggungan mungkin. Mereka sudah cukup tekanan aku rasa. Aku tak apa. Aku masih belajar. Belum banyak tanggungan. Satu lagi. Kalau boleh, jangan telefon aku pada waktu-waktu tak tentu hala, boleh? Itu waktu tidur. Siang-siang tak apalah.

Panjang-panjang aku taip ini. Harap-harap 5% masuk otak kau Senah. Jika kau bacalah.


Kawan yang menyayangimu,
Tina.

12 comments:

ayap said...

owh!so luvly..ak mkin x ske plak dgn wtak senah ni..
senah oh senah!

Fatin Mazelan said...

jgn dowh...hohoho aku xbermaksud nak wat org benci senah.

Tfaaaaaa said...

theres sumthing inside senah yg kwn2 die pon xtau ape.

Fatin Mazelan said...

hurmmm...dunno what to say...

ayap said...

owh.tina ni karekter jht kn?

Fatin Mazelan said...

hahaha. ntah. nape?

ayap said...

rasanya salim tu hero dan senah tu heroin cerita.so tina ni org jahat kot?

Fatin Mazelan said...

hahahah...cerita Salim dan Senah ni diceritakan oleh Tina sebenarnya. Kelmarin punya cerita pun Tina yang tulis. Lupa pula nak buat signature.
tiada orang jahat. Hanya kekeliruan emosi Senah dan Tina je.hehehehe

Anonymous said...

ok. xpe

^_s::a::s::a_^ said...

sedang berjinak-jinak dengan cerpenkah? novelkah?

atau kisah benar?

tiba-tiba tertanya-tanya... hahahaha

Fatin Mazelan said...

oh..ini kisah benar yang diaudit si penulis.

iqaraz said...

senah oh senah lupakanlah salim....
ada ramai lagi ...

adoyai....sedih dgr citer senah nih...

~papaya~