November 17, 2009

Fakta : Famili.

Abah, Mazelan b. Hj. Mahmud sedang berada diluar kawasan pejabat beliau. Erti kata lain outstation. Seminggu. Beliau bawa Honda ke sana. Tinggal Perodua Myvi dan Kenari saja.

Emak aku, Khalidah bt. Hj. Embong ada dirumah. Sedang sakit-sakit pinggang. Kejap-kejap. Beliau ada blog. Jual perencah Maharani, buku-buku sulaman. Marilah lihat.

Abang aku, Muhammad Firdaus sudah menjadi pekebun moden yang sedang menuju kejayaan. InsyaALLAH. Bukan penganggur jika itu dalam fikiran kau. Dia betul-betul menanam ok. Hari itu kami sudah merasa jagung manis hasil tanaman beliau.

Abang aku juga, yang kedua, Muhammad Farid sudah 4tahun bekerja di Felda Holdings Bhd. di bahagian Prodata. Sedang melanjutkan pelajaran secara separuh masa di UKM, Kuala Lumpur. Bidang beliau tidak dikenalpasti. Sudah mampu membeli kereta. Jika diikutkan. Mungkin.

Farhah, adik perempuan aku. Di Russia sekarang. Bertarung untuk 5tahun lagi dalam bidang Ortopedik. Mungkin. Aku kurang pasti. Yang aku tahu dia dalam bidang perubatan. Dia juga ada blog. Mari membaca dia mengomel pasal sesi pembelajaran dia disana. Aku menanti hadiah hari lahir dari Russia. Hahaha.

Muhammad Fahim, adik bongsu. Jauh jarak beliau dari Farhah. 10tahun. Maknanya kini Tahun 3. Khamis lepas, 12 November 2009, hari lahir beliau yang ke-9. Dia manja. Sangat. Biasalah. Ini yang paling disayangi keluarga. Ini yang meneman mak abah ketika kami 4 beradik tiada dirumah.

Si kesayangan? Cerita jugalah. Hahaha. Hazriansyah b. Kamalsha. Oh! Sebaya abang aku, Farid. Sudah bekerja. Company sendiri. Erk..lupa nama company beliau. Grafico Enterprise. Sedang bekerja keras mungkin. Entah. Tak tahu apa yang beliau buat sekarang. Huhuhu. Dia disana, aku disini. Bagaimana mahu tahu? Apa yang pasti. Dia aku rindu. Hahaha. Eh! Dia ada blog juga. Mari lihat-lihat.

Aku? Fatin Fasihah. Dirumah. Sedang bercuti sebulan sebelum memasuki semester akhir. InsyaALLAH. Cuti ini harap-harap jaranglah aku keluar berjoli. Jadi aku ada ingin mengorek-ngorek segala apa yang ada di dalam bilik aku untuk di jual secara bundle. Kasi tinggal apa yang aku pakai saja ada. Marilah lihat blog bundle aku.

Kenapa cerita? Sukahati akulah. Ini blog aku. Hahaha. Mana pernah aku tulis pasal famili. Kot. Jadi masa bosan-bosan ini aku ceritalah manusia paling dekat keliling aku.

5 comments:

Tfaaaaaa said...

lepas ni pasal mmber plak ok

ps// nk jenguk kedai bundle ko skjp lg

Fatin Mazelan said...

hahaha. thanx...pasal mmb rmi la...kang ada yang baca2 kat sini terasa plak xcite pasal dorg..hohoho

ayap said...

semoga berjaya bisnesmu.

Fatin Mazelan said...

oh terima kasih...=)

PaLi3 said...

hahaha...sah kboringan yg amat dahsa dok kt rumah...