November 1, 2009

Down.

Ini hari minggu. Hari yang sesuai untuk lepak dalam bilik. Oh! Semenjak minggu exam start, aku jarang keluar. Eh tak keluar pun. Jumaat malam baru keluar. Itupun dinner. Ini bukan isi utama. Maaf.

Aku masih down. Cuma sedikit lah mungkin. Hurm. Sudah 4 hari berlalu. Chill up lah Fatin! Tapi macam mana nak chill up selagi minggu ini dan minggu depan masih lagi minggu exam? Minggu dimana segala pelajar UKM akan membebel-bebel, mencaci maki, mengeluh sesal dan bertawakal di Facebook dan disekeliling aku. Maksudnya tiap kali jumpa, tiap kali akan tanya pasal exam. Hahaha. Ini pun jadi isu ke? Oh! Bukan sebab ini.

Sebabnya adalah tiap kali jumpa aku, mereka yang berkenaan masih ungkit tragedi 29 Oktober itu. Macam mana aku tak down? Bila aku down, tolong jangan hiraukan aku wahai rakan. Jangan gelak pura-pura jika aku berkata buat tidak tahu saja dengan emosi aku. Itu lagi aku sakit hati. Bila aku bercerita, aku hanya perlu seseorang untuk mendengar. Respons yang bernas atau mengangguk saja mencukupi untuk aku.

Jangan keluarkan kata-kata yang mungkin membuatkan aku lagi menyesal. Maksudnya mengangguk faham dan ucap kata-kata sabar saja jika tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Boleh? Contoh terbaik sudah tentu mak. Kata-kata yang diberikan adalah sokongan padu bagi beliau. Yang kedua, roomate aku, Nadiah. Sebab itu aku sayang dia sebagai kawan. Sebab itu aku tidak cari roomate lain selama 3 tahun ini. Oh! Beliau tidak suka baca blog. Tapi terima kasih Nadiah. Kau kawan terbaik untuk saat aku begini. =)

4 comments:

qe-runk said...

klu gal down..
rmai yg dpt teka down d'sbb kn ap~
..(adakah btul?)


*cool beb...ak kn ad =)

::SizuKa:: said...

b cool...cool...huhu~

Fatin Mazelan said...

sebab exam la kamil...tak ada sebab lain..baca entri aku sebelum ni..hoho

sedang cuba untuk cool la ni jihah..mcm mengahampiri kejayaan...yosh~!!

Fathiadha said...

gud luck.... be the best, be cool....