November 24, 2009

Aku mahu jadi kanak-kanak.

Tiba-tiba mahu cerita. Sebab tiba-tiba teringat. Hahaha.

Masa tadika. Tahun 1994. Ada pertandingan peragaan. Pakai apa-apa sahaja. Mak aku belikan aku gaun baju pengantin versi kanak-kanak. Beli ok. Mahal. Aku meronta-ronta tidak mahu pakai walaupun suka pada awalnya. Menangis-nangis. Itu 1st and last aku pakai baju itu. Lepas itu mak aku bagi orang lain. Seingat aku. Rakan-rakan aku ada yang pakai baju seni silat. Ada yang pakai baju kurung fullset orang melayu lama. Siap dengan kerawang di atas rambut beliau. Dia menang pertandingan itu sebab dia cantik.

Darjah 1. Tahun 1995. Aku sambut hari lahir aku di kampung. Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, Johor. Aku menangis sebab abang aku[mungkin] potong kek birthday before aku sendiri yang potong. Ramai cousin aku ada. Masa cuti sekolah rasanya masa itu.

Darjah 6. Tahun 2000. Pergi sekolah agama. Sebelum kelas bermula. Budak-budak tadika yang pakai kelas itu. Ada 1 almari khas untuk barang mainan budak-budak tadika. Bila ustaz tak datang. Kawan aku kopakkan almari tu bawa keluar barang mainan. Kami buat bandar sendiri. Ini gian. Tapi esoknya ustaz datang.

Tingkatan 1. Tahun 2001. Pergi main seperti hari-hari bersama rakan-rakan setaman. Aku bawa Fahim. Adik aku. Baru 7 8 bulan ketika itu. Entah macam mana Fahim jatuh longkang. Menangis-nangis sambil dahi[mungkin] berdarah. Balik rumah kena marah dengan abah.

Ini aku lupa bila. Waktu tengahari. Waktu azan Zohor. Aku pergi main dekat taman permainan dengan rakan-rakan. Panjat pokok. Tepi bukit dan agak tinggi. Aku silap pijak dahan. Jatuh pokok. Bangun-bangun saja. Aku sesak nafas. Tak mampu langsung berkata-kata. Aku terus menuju ke rumah dengan dalam fikiran. Jika mati, biar di rumah. Hahaha.

Ini juga lupa bila. Lepas hujan. Pergi bermain lecak di kaki gelonsor di taman permainan. Aku dengan Farhah. Bersama beberapa orang rakan. Merangkap jiran. Balik rumah basah kuyup.

Ini juga. Main masak-masak. Curi tempurung kelapa dekat kedai Jaithoon. Kutip kayu-kayu kering. Cari jaring. Beli mancis ok. Masak air lecak betul-betul. Guna api. Cabut lalang-lalang. Jadi sayur. Ada yang buka kedai sayur. Pakai batu jadi duit. Best!

Dulu Tesco Ampang adalah semak. Hailam Kopitiam bekas tempat tokong. Suka pergi sana untuk lihat tarian naga. Belakang tokong. Ada orang jual banyak burung. Sanggup pergi beli. Gaduh-gaduh nak masukkan burung dalam sangkar. At last burung pipit tu terlepas. Hahaha. Semak-semak yang ada lebih tinggi dari aku dan rakan-rakan. Kami jadikan hutan simpan.

Ada orang tanam tebu dalam semak. Kalau lori keluar masuk. Teori kami ada gajah dalam 'hutan' tu. Ada sekali. Buat pengembaraan nak masuk hutan. Baru masuk separuh jalan. Ada motor. Semua lari keluar dari 'hutan' itu. Sekarang dah besar baru tahu. Itu mat pit. Hahaha.

Acit, jiran rumah ambil spray colour hijau. Buat court rounders depan rumah ata. Itu game hari-hari sampai jalan kena tar.

Buat senapang pakai kayu. Beli getah. Curi buah ceri kat belakang surau. Tembak kawan. Ini menarik. Malam main police entry. Pusing 1 taman. Siapa jadi polis, gasaklah nak kejar. Ada satu ketika. Tanglung popular. Beli tanglung. Malam-malam jalan-jalan pusing kawasan perumahan. Kunon-kunon menyambut pesta tanglung. Sambil lihat-lihat apa orang buat dalam rumah. Hahaha.

Main sembunyi-sembunyi. Sembunyi dalam longkang. Sembunyi ramai-ramai. Curi duit abah sebab nak beli jajan. Nak beli aiskrim. Lepas itu, tiap-tiap petang tunggu abah balik. Minta 20sen. Nak beli aiskrim pop yang boleh patah dua tu.

Mak beli set barang Barbie. Gaduh-gaduh dengan fika sebab tak boleh main set barang Barbie dia. Buaian rumah dia jadi port gosip sekarang. Dulu pernah dianggap lrt yang bergoyang tapi tak bergerak. Laman rumah fika jadi tempat main kejar-kejar jika kena marah dengan pakcik rumah hujung. Lorong yang selalu kami buat bising.

Bila bulan puasa. Pergi solat terawih. Tapi balik awal. Ada sekali. Mak bapak aku tiada dirumah sebab pergi solat. Huru-hara bilik aku jadi rumah hantu. Abah balik. Kena marah. Esok buat lagi. Hahaha.

Sekarang faha, fika, ata, alin, acit, izzat, syafiq, atit. Semua sudah besar. Semua buat hal masing-masing.

Oh! Aku rindu zaman kanak-kanak aku. Sebab sekarang kalau aku ajak kawan-kawan aku main. Mereka kata aku gila.

9 comments:

Anonymous said...

awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
i miss those moments....
main kejar2 atas gelung
raya umah orang dihidangkan air sirap sabun kat kite.....
-syafiq jane-

Fatin Mazelan said...

hehe. itu aku lupa syafiq!! thanx ingatkan. hehe

Anonymous said...

sirap sabun?

Fatin Mazelan said...

cawan basuh x bersih..sabun ada lagi...pastu tuang sirap...
siarp sabun la..

p.a.a.h said...

h0k2....agak lar...maseng2 bwat hal sendirik~![ak la tuh =P]

ayap said...

kahwin cepat2.nanti cepat dpt 'kanak-kanak'.hehe

Fatin Mazelan said...

faha : sedar pun..

ayap : itu nanti nanti la...eheh

muhammad rahimi bin hasan said...

aku rasa zaman kanak2 malaysia ni lebih kurang je.

main masak2. main nyorok2.dulu aku main nyorok2 tempat plg best menyorok dalam tandas luar jiran aku.
lepas tu sampai ke rumah mak long aku kat belakang.pastu, pak long aku bagi kantoi kitorang nyorok kat mana. muka dia masa kantoikan kitorang comel gila.haha.


sekarang
budak2 dah tak main dah benda2 sosial macam ni.tau main game tak pun bersosial kat internet.

nanti sem depan kita main nyorok2 satu UKM.

ada bran?

Fatin Mazelan said...

takde hal...hehe ingat aku xtaw segala pelosok jalan kat ukm ke?? hehe