October 9, 2009

tekanan hidup...?

Makin dewasa makin banyak tekanan. Makin nak grad ni makin banyak tekanan. Makin dekat nak final makin banyak tekanan. Ahhhh! Semuanya tekanan. Stres....hahaha.

Memang hidup perlu ada tekanan kan. Kalau tiada tekanan itu bermakna anda telahpun berada disyurga. Yes! Betul. Orang gila pun ada tekanan. Tak percaya? Tu yang dia jadi gila tu sebab apa? Pressure kerja lebih sangat la tu. Asyik cari duit. Tiba-tiba bankrup, tak boleh nak bunuh diri terus mereka pilih jadi gila.

Tapi sebagai student yang bertauliah[mungkin] aku tak perlu jadi gila atau membunuh diri jika tertekan. Ini memang jalan yang kau pilih Fatin. Kau kena hadapinya. Stres lagi. Hahaha.

Lagi 2minggu sahaja nak final. Macam-macam bentuk assignment datang. Semua perlu submit dalam masa 2minggu! Haish~ biarlah aku nak tulis apapun. Even aku tahu kauorang juga seperti aku. Cuma mungkin tekanan kauorang itu kurang dari aku. Aku berasa tertekan sebab apa? Kebanyakkannya aku perlu settlekan seorang walaupun itu tugasan berkumpulan. Tapi at last diaorang dapat mark tinggi dari aku. Tak payah nasihat. Aku tahu sebab apa. Cara aku belajar tak betul. Dan sudah aku ubahnya. Seperti contoh, semester lepas, pointer aku naik. Yosh! Bukan bangga. Hanya untuk motivasi diri sendiri.

Exam start 27 Oktober 2009 dan last paper 13 November 2009. Tak perlu tahu paper apa yang aku ambil. Itu semua cliche. Bukan kauorang tahu pun apa yang aku belajar pun. So tak perlu tahu nama subjek lagi bagus. Kan? Nak cerita saja. Semester ni berderet-deret lagi tarikh exam. Kepada yang ada 2 paper dalam 1 hari*. Tahniah! Selamat study. Kepada yang examnya 27-28-29-30 Oktober. Selamat study juga. Jangan ulangi apa yang kita lakukan pada semester 3 yang lepas. Stres~

Ha lagi 1. Dem!! [maaf mengamuk kejap] Ada paper time birthday aku. Stres lagi. Hahaha. Dari aku 1st year memang birthday aku itu sesuai sangatlah untuk adakan peperiksaan. Haish~ nanti nak cadangkan kat kementerian supaya ubah sesi pembelajaran start bulan 10 atau 11 lah. Supaya exam pada bulan lain pula. Baru style. Hahaha.

Hahaha. Suka dapat luah tekanan kat blog. Jom sambung buat assignment yang melimpah-ruah seperti hujan yang turun mencurah-curah. Eh...erk..ah! Abaikan perumpamaan itu.

Fatin, study!!!!!


*untuk pelajar UKM SAHAJA.

4 comments:

NaZZy Hall said...

taun lepas mas bestday ko exam gak ea??
aku igt g maen bowling dgn ko masa 2...
lalallaaa~~

Fatin Mazelan said...

hahaha...taw xpe...2taun lpas pun tym exam...
gi celebrate ngan a.wan, paan, mat, nadiah n yam kat alamanda...
kite tgk taun ni cne plak...agagaga~

NaZZy Hall said...

nk brapa ratus bestday kali ni??
wakakakakaka~~~

Fatin Mazelan said...

wish pun dah cukup.