October 30, 2009

Oh!

Ya Allah. Happy nya sangat-sangat hari ini. Pernah merasainya tak? Seperti kamu sedang terbang di 1 ruang yang sangat luas tanpa menghiraukan orang sekeliling. Seperti baru bangun dari tidur yang sangat sangat lena. Oh! Bestnya!

Oh! untuk kali pertama selama 3 tahun di UKM, aku tergerak untuk study di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM. Oh! Masyuk! Segala yang kamu baca disana 60% masuk otak dan disimpan elok-elok dalam otak. 40% standard lah. Jumpa kawan-kawan kan. Lagha lah. Haish~ 2minggu aku study di sana. Kagum! Selalu orang malas ke library. Kini aku ingin bangga aku pergi library.

Korang tahu ke nak cari buku macam mana? Aku tahu! Tahu guna web gemilang? Aku tahu! Tahu macam mana nak fotostat? Aku tahu! Tahu macam mana nak repair mesin fotostat tu? Aku tahu! Nak pinjam dan pulangkan buku self-service pun aku tahu! Hahaha. Riak gila. Pedulilah! Ini blog aku. Aku nak riak juga. Hahaha. Stres~ Oh ya! Dengan perubahan yang aku buat pada diri ini makin banyak jugalah perubahan enviroment disekeliling. Kena gelak oleh mereka-mereka yang baru nampak aku gigih study. Hahaha. Tak apa. Bukan salah mereka.


Baru saja balik dari dewan peperiksaan. Paper yang keempat. Hurm. 4 hari berturut-turut menjawab exam memang azab. Aku dah pernah laluinya. Ini kali kedua. Harap yang terakhir. Penat! Down!

Oh! Paper semalam yang paling membuatkan aku sangat tekanan. Paling rasa tertekan! Sangat sangat sangat. Oh! Jatuh air mata ini mengenangkannya. Down sangat! Paper itu penentu hidup aku di masa hadapan. Risau. Terima kasih mak kerana bergegas datang ke UKM untuk anakmu ini. Oh! dihargai sangat. Maaf susahkan mak. Terima kasih juga pada kesayangan kerana cuba menenangkan aku walaupun kurang berjaya. Huhuhu. Tapi aku hargai juga. Oh! Aku masih down dan akan down sehingga result keluar.

Ini tahun akhir aku. Sudah tentulah tahun ini penentu samada aku akan grad ikut masa atau aku akan ulang semester. Oh! tak nak ulang semester. Walaupun dijemput untuk bersama-sama mengulangi semester oleh Farhan Saharin, Syed Omar Faizal, Muhammad Fadhli dan Nazrin Saad. Aku sudah penat study. Sangat. Hurm. Mari abaikan ini.

Oh ya! Saja nak expose. Hari ini hari ulangtahun kelahiran aku. Aktiviti menarik untuk tahun ini adalah qada' waktu tidur yang huru-hara akibat exam. Mari tidur. Yosh! Oh hadiah tahun ini hanya jam tangan oleh Nur Liyana Nadirah dan topi oleh Siti Mariam. Juga treat on dinner oleh kesayangan. Oh! Terima kasih ya.

Terima kasih pada yang memberi ucapan. Ingat juga kamu kat aku. Hahahaha.

No comments: