October 14, 2009

K3A-208 : pusat kebajikan haiwan UKM.

Haah! Bilik aku memang sudah jadi Bilik Kebajikan Haiwan-haiwan Terbiar UKM.

Tingkap bilik aku pecah 1 cerminnya. Dah pun diubah lubangnya pada aras teratas. Kononnya dengan harapan tiada binatang atau segala hamba Allah masuk. Kerisauan seminggu bercuti dan beronok-ronok raya positif! Beliau memang tak kenal erti no entry. Lahirkan anak dalam rak meja study. 3 ekor kesemuanya. Kulit ketiga-tiganya sama. Oh! Beliau pandai. Tiada bau-bau yang kurang menyenangkan di sini. Juga pandai keluarkan kesemua beg-beg yang aku campak dalam rak tersebut. Terima kasih! Beg aku tiada bau-bau kurang menyenangkan juga.

Ini beliau secara tidak rasmi mendaftarkan diri tanpa borang dan pemberitahuan.



Ohh lagi seangkatan dengan beliau. Merupakan yang kedua mendaftarkan diri tanpa surat atau pemberitahuan awal juga sebentar tadi. Ohh! Petang tadi. Yang ini tidak dijangka. Beliau pasti boleh masuk punya. Almaklumlah ada 2 tangan dan 2 kaki. Kehebatan beliau memanjat - manjat ni. Selalunya beliau bermain di pokok-pokok tepi bilik. Ohh bukan tepi. Agak 50 meter jauhnya. Erk...mungkin. Kali ini beliau berjaya mendaftarkan diri! Berikan tepukan pada si monyet yang bijak! Yosh~ ohh aku berjaya berunding secara aman untuk mengeluarkan beliau dari pusat kebajikan ini memandangkan beliau telah melanggar etika dalam prosedur mendaftar setelah menggigit-gigit mouse laptop, handphone serta highlighter yang ada. Percubaan membuka almari kurang berjaya. Ohh! Hampir berjaya sebenarnya.

Beliau berjaya dibawa keluar tanpa mengganas dengan pemberian kerepek bawang dan buah oren setelah roomate aku meracau-racau supaya beliau keluar dari pusat kebajikan. Ohh! Bukan nak kata aku heroin dalam filem tak jadi ini. Cuma ingin katakan kita perlu bertenang dalam segala situasi kerana aku hampir diterkam oleh incik monyet itu ketika menyergah beliau semasa beliau masih lagi berada di tingkap yang berlubang itu.

7 comments:

Maya Ayam said...

bila ko bukak klinik bersalin?kalau khidmat ko memuaskan.pasti they ols bagitau kawan2 mereka.dan terus klinik ko fofular...

Fatin Mazelan said...

owh khidmat yg diberikan pasti teruk sehingga mereka tak datang sini da.

::SizuKa:: said...

tahniah..dah kadi bilik haiwan daa....hohoho~

::SizuKa:: said...

jadi*

p.a.a.h said...

hahaaa...kandang mane k0 cipte ni??sebbek beg aku slamat kat aku~hahha..

Fatin Mazelan said...

beg2 aku pun slmt ah...haish~

Tfaaaaaa said...

ahhaha..free ke kak?boleh tumpang kucing saye pulekkkk..ngahaha