September 9, 2009

tigabelas : tekanan.

Pernah tidak suatu ketika tiba-tiba situasi dimana kau berada dalam keadaan sedar tetapi seperti melihat satu kejadian yang sangat kejam di depan mata?

Seperti melihat kaum kamu sendiri mati dibunuh dengan cara yang paling kejam. Lebih kejam dari filem Saw. Tapi kamu kaku. Tidak mampu melakukan apa-apa. Samada menolong atau melakukan tindakan yang wajar. Hanya diam tanpa berbicara.

Itu yang aku lalui sekarang. Bila musim peperiksaan makin hampir. Sekarang sedang midsem exam. Wajah serius nampak tenang. Siapa tahu dalam hati ini, aku sangat risau. Subjek kali ini menggerunkan. Sampaikan baca berulang-ulang masih tidak faham. Dari petang hingga malam hinggalah sahur sampai ke subuh. Satu yang aku baca semua mencicit lari keluar dari otak.

Tadi bangun lambat. Exam start pukul 9pagi. Pukul 9pagi juga aku baru bangun. Kredit untuk paan sebab dia bagi mesej kata exam dah start. Aku siap-siap. Bergegas ke dewan kuliah.
Sampai pukul 9.20pagi. Serius kali ini aku tidak kelam kabut walaupun dah kira lambat gila dah tu.

Baca soalan. BLANK! Tak faham soalan. Termangu seketika. Disebabkan duduk belakang sekali [hasil datang lambat] aku agak blur. Apa yang aku baca serius tak keluar langsung. Profesor yang ketika itu duduk selang 3 4 orang memandang dengan penuh perasaan yang mencabar diri. Hanya sebab aku lambat dan mungkin juga sebab aku tidak mula menulis secepat mungkin.

Hahaha. Dia boleh agak aku tak dapat jawab. At last, dengan bantuan budak cina kat depan aku. Aku boleh start jawab dengan tenang tapi still tak tahu jawapan. Serius. Tak rugi datang lambat. Sebab banyak masa aku hang tak buat apa-apa. 1jam 30minit habis dengan hasil 3/4 siap.

Hasil temuramah. Rupa-rupanya coursemate aku juga mengalami benda yang sama. Cuma mereka tidak lambat ke dewan kuliah!

5 comments:

jigsaw said...

kira syukur berjaya mencecah 3/4. lebih baik dari 1/2, eheh

Fatin Mazelan said...

tak macam 1/2 dari 3/4 itu aku hentam plak.
dan selalunya apa yang aku hentam pasti tak betul.huhuhu

^_s::a::s::a_^ said...

kire ok r 2.. ak mgkn hnye jwb 1/2 dan 1/2 drpdnye ak hentam... aiyark!! bagaimanakah?? -_-"

Fatin Mazelan said...

syg...1/2 dari 3/4 byk mana ye??
ok yeh??

Aini Khalid said...

kawan2 ko pun nasib sama?
mesti diorg tipu. diorang boleh buat tapi sebab konon nak merendah diri dorg jwb la dorg pun blur2. keji.
membe2 aku selalu mcm tu.
eh eh ke membe2 aku je yg mcm tu?