September 14, 2009

empat-belas : hiperbola : langit yang mendung menjadi cerah tiba-tiba.

Hari ini aku gembira. Hari ini sangat seronok. Hari ini sungguh indah. =)

Walaupun 3 hari berturut-turut keluar [maaf mak], tapi hari ini hari ceria untuk hanya jika aku bersama keluarga D.O.T. Jumaat juga gembira. Sabtu juga gembira. Tapi hari ini lebih sedikit sebab sudah lama tidak menyertai keluarga yang 1 ini.

Hanya dengan 10 orang [zul, ijan, palie, wann, kk, amir, hazal, say-o, dan a.nas] hari yang sangat kelam malah bosan boleh jadi ceria. Seceria langit yang biru yang indah. Ini kali pertama aku menyertai mereka berjalan-jalan membuang masa untuk mengeratkan silaturrahim [selain a.nas].

Berbuka di Chicken Rice Shop yang digemari kk dan say-o, bermain boling bersama-sama. Kali ini aku tidak tension bermain boling. Seronok! Sangat seronok. Tidak kisah markah jatuhan pin rendah janji bahagia. Betul-betul bahagia.

Perkara berlaku di dalam tren ktm, biarkan ia jadi memori. Jangan diuar-uarkan. Takut lain orang lain pemikiran. Dikata bangga pula. Apa yang berlaku atas dasar-dasar kemanusiaan. [saja nak tulis biar kamu curious.]

Aku minta sangat-sangat. Jangan hilangkan memori ini. Ia sangat indah. Tidak penat pun. Masih teringat-ingat apa yang kita lakukan sama-sama tadi. Jangan nanti semua ikut haluan masing-masing. Mari kekalkan memori ini bersama yang lain. =)

No comments: