August 28, 2009

selebas : kepuasan BUKAN hak manusia.

1. Realiti membuktikannya. Manusia TIDAK pernah puas. At least sekali pun tidak. Sebab tu dunia ni cepat nak musnah.

2. Manusia suka lebihkan duniawi. Itu fakta. Barangkali mereka beranggapan kekayaan itu dapat membantu di akhirat. Sangat yakin!

3. Aku percaya manusia tak pernah puas sebab aku juga manusia. Aku juga tidak pernah puas. Setakat apa yang pernah aku lalui.

4. Dalam bulan Ramadhan ni pun manusia masih mengikut kata nafsu. Tak percaya? Pergilah bazaar Ramadhan. Hahaha...

5. Ramadhan kali ini paling aku bersyukur. Sebab Ramadhan kali ini duit yang aku ada terhad. Aku tidak mengikut kata nafsu. Belum lagi. Setakat ini.

6. Hari ini mendung. Semalam juga begitu. Cuaca mula berubah. Memasuki fasa musim tengkujuh. Musim banjir. Musim sejuk Malaysia. Musim sakit-sakit. Pada Ramadhan.

7. Tuhan mahu ujilah tu. Anggap itu sahaja. Mari sama-sama tabah. Jangan ikut kata nafsu. Ikut minda.

8. Masih belum terlambat untuk ini. Selamat berpuasa~. =)

1 comment:

Shahrul (Nama Sebenar) said...

faten,
selebas atau sebelas?
hohoho.

aku pun tak puas gak.
tak puas hati dengan ko.

:P