July 21, 2009

lapan : tajuk ini mungkin menarik. Tengoklah.

Hari ini hujan. I like! Like it very much sebab sejuk. Suasana ini bagi aku sangat tenang. Seperti kau berada di dalam kelompok yang suka bercakap tetapi diam tiba-tiba semasa kau berasa tertekan. Nyaman bukan?

Perasaan yang kau konon-konon suka marah tiba-tiba berubah menjadi cool gila. Rasa ingin senyum pada semua orang atau tidur selama mungkin. Hanya untuk menikmati hari ini. Indah perasaan itu!

Hari ini tidak seindah semalam. Jadi, manfaatkan hari ini seindah mungkin sebelum muncul hari yang mungkin lebih indah esok.

Perlawanan bola sepak kali kedua Manchester United menentang Malaysia juga tidak seindah hari ini. Abang aku kerugian RM58 kerana membelanja aku untuk menonton perlawanan tersebut bersama-sama.

Sekurang-kurangnya aku dapat menatap wajah Michael Owen juga Wayne Rooney. Walaupun dari jarak jauh. Mereka nampak kacak dalam realiti ataupun dalam kaca televisyen. Putih!

Gambar-gambar semasa menonton bolehlah layari Facebook ataupun Myspace aku.

Dari pandangan mata aku dapat melihat reaksi atau gelagat rakyat Malaysia ketika menonton bola. Hampir sama apabila menonton bola dimana-mana kedai mamak berdekatan.

Rakyat Malaysia kurang pendirian ketika berada di stadium semalam. Meminati Manchester tetapi pada masa yang sama menyokong Malaysia. Tidak mahu dikatakan lupa daratan oleh rakan masing-masing. Aku juga begitu rasanya.

Tak kisah pun kalau mereka nak kata aku lupa daratan. Fikir logik saja. Kau sokong MU but at the same time tak nak maruah pemain Malaysia jatuh. Jadi kena sokong dua-dua lah. Walaupun aku tak lah sokong MU sangat pun. Bukan team dalam hati aku.

Dah! Ini saja mampu aku tulis sebab fikiran melayang-layang ingin ke pasar malam walaupun cuaca mungkin tidak mengizinkan.

Jumpa lain kali. Kat entri lain.

1 comment:

Aini Khalid said...

Aku pegi sebab nak tgk man u main tapi pegi sebagai penyokong malaysia.
banyak orang yang mcm tu lah.. bukan takde pendirian.

it's man u we're talking here. i believe everyone secretly wishes to watch, in this case, the best football clubs playing in front of their eyes.

it's like, going on a date with Hollywood actor/actress. Got it?