June 5, 2009

SuperPtuih! dan transit kaler magenta kembali..

Pernah diceritakan sebelum ini tentang penglibatan aku dalam teater. di sini.

Kali ini ia dipersembahkan semula oleh Kelab Teater Rimba (KTR) UKM. Lan sebagai Ptuih! dan Mat masih lagi memegang watak Helium. Aku bukan lagi Maseh Dara. dan telah digantikan dengan Laili.

Dihidupkan kembali untuk dipersembahkan pada Festival Teater Selangor (FTS). Saringan berlaku semalam [2 Jun 2009] di panggung seni UKM.

Bagi aku, secara keseluruhan cerita ini menarik dengan mereka menyandang watak tersebut. Dialog yang telah dipotong ketika dulu telah dipanjangkan.

Ptuih! memang seorang pemberontak. Cuma malam tadi kurang terserlah pemberontakan beliau. Kurang emosi marah. Ptuih! yang lama masih yang terbaik.

Helium masih sama tapi ada peningkatan dari yang dulu. Dialog monolog beliau tidak dipotong, maka makin banyak beliau kena hafal.

Maseh Dara. juga ada peningkatan dari yang dulu. Cuma mereka mengatakan Maseh Dara. dulu yang terbaik. Bukan sebab ingin bangga. Cuma MD. sekarang terlalu ingin cepat marah sedangkan beliau hanya perlu mengejek Ptuih! dan Helium.

Ketiga-tiga mereka. Stamina out. Mungkin sebab komitmen masing-masing. Tempo juga out. Terlalu ingin cepat habis. Pasti ada kekurangan.

Keputusan masuk peringkat akhir akan diketahui isnin ini. Harap dapat masuk.

p/s : aku tiba-tiba rindu dengan watak itu.

1 comment:

paAn BaEk said...

ko nk pic ke smlm?
krdt aku abis la...
intrnet kt umh aku lembap..
nk upload 1 pic stgh jam ooo...
t aku bg... la...