May 15, 2009

dari hati aku luahkan

sejak dah mula cuti semester ni, tak tahu kenapa. Hidup macam tiba-tiba celaru. Macam tiba-tiba hilang punca apa nak buat dalam masa sebulan lebih ni. Walhal, baru mula cuti khamis lepas [07052009]. Baru duduk kat rumah 5 hari, dah tak senang duduk. Hari-hari fikir apa nak buat. Kenapa yeh???

Tapi.....
Dalam masa 5 hari, macam-macam juga aku dah buat. Aku jadi surirumah separuh masa. TANPA GAJI. Kebetulan hari ahad hari yang orang beragama selain Islam bagi nama 'Happy Mother's Day'. Hari itu aku rasa aku dah layan mak aku habis-habisan. Ikut sahaja kemahuan beliau. Baru kali ini aku menggunakan minda untuk melayan beliau. Aku rasa aku dah buat yang terbaik. Sangat baik sepanjang aku hidup ni. Wah,lama juga. Agak tidak patut untuk seorang anak yang telah beliau besarkan dengan susah payah. MAAF MAK.

Masuk hari ke-6, aku ulang-alik ke UKM, Bangi atas nasihat mak aku setelah aku memberikan cadangan untuk melanjutkan pelajaran untuk semester pendek ni. 6 minggu masa pembelajaran. Hasil terjahan aku selama 2 hari menampakkan hasil kerana aku TELAH didaftarkan untuk subjek penjagaan kesihatan diri. Satu subjek di luar pangkalan major aku, statistik tetapi wajib diambil untuk memenuhkan jam kredit sebanyak 100 untuk graduate. Aku MUNGKIN juga diterima untuk mendaftar subjek kemahiran berfikir hari ini. Yakin dapat!

Walaumanabagai sekalipun, aku masih celaru memikirkan yang aku amat perlu mencari duit untuk menanggung kehidupan dari saat sekarang hingga habisnya semester 1 akan datang. Macam mana nak bayar yuran? Nak bayar hostel? Makan? Minum? Otak yang mungkin selalu lurus sekarang sudah serabut. Perlu diluruskan kembali. AKU RASA. Mak dan abah boleh membantu. AKU TAHU itu. Tapi, sampai bila aku harus ditanggung oleh mereka sedangkan aku boleh mencari rezeki sendiri. Ya, aku memang MALAS. Sangat-sangat malas. Bila aku nyatakan pendapatku ini, seperti biasa. Sama juga ibubapa kamu semua. Pasti berkata "takpe, abah ngan mak kan ada.kau belajar je dulu. " Tapi aku masih rasa aku ini beban. Cuma aku tidak usaha untuk meringankan beban itu.

Aku memang bersalah. Mengaku itu. Jujur.

6 comments:

iqaraz said...

fatin..ko ok ke nih?...

~papaya~

faten~ said...

ok2.....dun worry too much...huhuhu thanx 4 ur concern

NaZZy Hall said...

hahahhaa...
bgs la paten...
meaning ko dh besar bla stat fikir cm2...
aku pn sma dgn ko spjg praktikal ni...

its normal...
its human...

p.a.a.h said...

inikah paten????

Tfaaaaaa said...

hehe..
dont worry much la fatin..
let it flow..if parents ko rase dorg boleh tlg, go ahead.tp kalo ko nk kje jugak keje la..

ko keje @ x same je..sbb parents ko blh tlg kn?tp kalo ade keje kosong, xslhnye kje. :P

faten~ said...

bro nas : huhuhu bile ader mase free, bwu nk pk mende2 mcm ni..bungek kan?

paah : ak da berubah ar....hohoho

tfa : thanx...tp still cm xbgus dowh...kite da besa kowt...ko pon da agak bole tanggung diri sndr